GISBH di Afghanistan

Kongsikan kepada yang lain
Share

GISBH di Afghanistan

1. Sejak di Haramain YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah berulang kali menyebut untuk masuk ke Afghanistan.

Gambar Terkini (28.02.2022) Tuan Nasir bersama Hj Ismail, kenalan baru GISBH.

2. Ada peluang bertemu dengan orang yang tahu tentang keadaan di Afghanistan, Tuan Nasir akan bertanya berbagai-bagai soalan.

Kedudukan negara Afghanistan (yang berwarna merah) dalam peta dunia.

3. Biasanya, di hujung perbualan, Tuan Nasir akan bertanya, macam mana kami nak masuk Afghanistan.

Afghanistan negara tanpa pantai/laut

4. Antara orang yang kami temui ialah bapa saudara Muhammad Sobur, Abu Talhah. Dia berasal dari Uzbekistan tapi berhijrah ke Afghanistan di era Soviet. Banyak maklumat yang kami dapat mengenai Afghanistan daripadanya.

wajah-wajah suci anak di sebuah Madrasah di Jalalabad

5. Tetapi bila ditanya, boleh ke kami nak masuk Afghanistan? Responnya, boleh tapi dengan saya dan bukan sekarang. Sekarang musim sejuk. Kehidupan sangat susah di sana. 

Wakil GISBH, Tuan Hasnan Abd Hamid bersama warga Afghanistan.

6. Jadi, macam dah tak ada jalan nak ke Afghanistan sedangkan seperti ada perasaan yang kuat pada hati Tuan Nasir untuk melihat keadaan umat Islam di sana.

Tuan Ahmad Anuar juga mewakili GISBH ke Afghanistan

7. Akhirnya Allah izinkan juga wakil GISBH ke Afghanistan melalui apa yang dipanggil sebagai ‘Rakan Strategik’ dengan ‘Kementerian Luar Negeri’ bersama beberapa NGO memberi bantuan kemanusian di sana.

Dari kanan, Dr. Amin (warga Afghan, 18 tahun di Malaysia, pensyarah di UKM, isterinya orang Terengganu), Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman (ALP GISBH), Ahmad Fahmi (CEO Global Peace Mission dan juga Naib Presiden ABIM), Faisal Shadli (Director FASK Holding dan dari Global Wakaf), Dato Nik Amin (Chairman FCA Capital dan dari Global Wakaf, mantan Chairman BSN), Tuan Hasnan Abd Hamid (ALP GISBH), Dato Ahmad Azam (Global Peace Mission, mantan presiden ABIM ), Hj. Zulkifli (Global Wakaf) dan wartawan BERNAMA.

8. Moga pemergian dua orang wakil GISBH, Tuan Hasnan Abd Hamid dan Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman menjadi titik tolak permulaan GISBH bergelanggang di negara yang sangat berkat tetapi sentiasa bergolak itu.

Tuan Hasnan bersama seorang penerima bantuan

Depan kilang mi Ikhwan Kuala Selangor 

7.32pm, Feb 27, 2022

  • tuan alp 2022 (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: