En Ahmad Kenalan Baru

Kongsikan kepada yang lain
Share

EN AHMAD KENALAN BARU

Jumaat anjang ajak Halim solat di Pusat Islam Bangkok. Uqbah join sekali. Dengan bantuan Qudamah dan Qutaibah sebagai penterjemah. Kami manalah tau Put Thai. Put Thai Me Dai.

Kami sampai awal. Nak cari kawan. Mula-mula beli kinafah dulu. Bazar makanan masih ada tapi orang tak ramai macam minggu lepas. Pastu kami ke kantin atau ruang gerai di bawah bumbung. Ada berpuluh peniaga makanan. Di situ ada kerusi meja untuk menjamu selera sambil berbual-bual menanti waktu Jumaat.

Anjang duduk di satu meja yang terdapat seorang lelaki. Namanya Idrus. Rupa wajahnya macam berketurunan India. Put Thai dan English. Kemudian datang seorang yang juga berumur, namanya Ahmad. Berasal dari Narathiwat. Tapi di Bangkok ada nama Siam. Anjang lupa. Dah 55 tahun duduk sini. Umur 72 tapi kelihatan muda 10 tahun. Anak 6 orang. 5 perempuan, seorang lelaki. Rata-rata anaknya belajar di Malaysia. 2 orang boleh berbahasa Melayu kerana seorang belajar di UM dan seorang lagi ambil jurusan (lupa) yang semua pelajarnya orang Melayu. Anak-anak yang belajar di UIA tak dapat BM. Tapi anak-anak ni bercakap BM Malaysia, dia kecek Melayu Menora@Narathiwat.

Uniknya En Ahmad ini tidak mengidap apa-apa penyakit sedangkan pernah mengidap darah tinggi dan kencing manis. Rahsianya ialah mengawal makanan manis, masin dan lemak. Dia mula mengawal makanan setelah pencen di usia 65 tahun. Bermain Ping Pong setiap petang. Akhirnya, satu ubat pun tak perlu makan dengan bacaan terakhir gula dalam darah 5.1…. perghhhh. Tapi tu laa, Anjang makan nasi dengan sup ekor, dia dah 5 tahun tak makan sup ekor.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *