AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Kongsikan kepada yang lain
Share

Johor Bahru: Siasatan insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi tadi yang mengorbankan dua anggota polis dan suspek mati ditembak, turut membabitkan dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan pelajar lelaki berusia 22 tahun dan pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan serangan terbabit.

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut kaitan dengan serangan itu. Adalah tidak logik untuk melaporkan kes cabul dua tahun lalu pada jam 2.30 pagi. 


“Ketika laporan sedang dibuat pula, tiba-tiba balai diserang. Jadi kita akan siasat dengan rapi dua pelajar berkenaan,” katanya yang turut memperincikan kronologi serangan jam 2.54 pagi berkenaan.

2.30 pagi: Dua pelajar IPT, lelaki dan perempuan hadir ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kes cabul yang sudah berlaku dua tahun lalu.

2.35 pagi: Ketika dua pelajar berkenaan sedang membuat laporan polis, suspek masuk ke kawasan balai dengan motosikal dan terus ke bahagian belakang balai.

Seorang anggota polis pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa, tetapi diserang dan ditetak mati oleh suspek. Suspek kemudian merampas senjata api anggota berkenaan.

Dua anggota polis dimaklumkan mengenai serangan itu bergerak ke belakang balai untuk memeriksa dan berlaku tembak menembak dengan suspek.

2.54 pagi: Seorang daripada anggota polis berkenaan maut terkena tembakan pada bahagian pipi yang tembus kepala. Seorang lagi anggota berjaya menembak mati suspek.

Sehubungan itu, Razarudin berkata, dua pelajar itu ditahan bagi siasatan lanjut pembabitan mereka dengan serangan itu.

“Adalah tidak logik untuk melaporkan kes cabul dua tahun lalu pada jam 2.30 pagi.

“Ketika laporan sedang dibuat pula, tiba-tiba balai diserang. Jadi kita akan siasat dengan rapi dua pelajar berkenaan,” katanya.

Disiarkan pada: Mei 17, 2024 

Kredit: hmetro

Islam agama selamat. Selamat dan menyelamatkan. Selamat untuk penganutnya dan orang lain yang bersama dengan orang Islam. Kalau orang Islam tapi dirinya tak selamat, orang lain pun tak selamat dari kejahatannya, Islam yang dia anuti ada yang tak kena. Dia memahami Islam secara salah. Patutnya dengan kita mengamalkan Islam, kita menaungi, memayungi, selamat dan menyelamatkan bukan sahaja sesama Islam, malah terhadap bukan Islam. Tapi kalau Islam yang kita pegang itu, orang Islam pun tak selamat, polis Muslim yang sedang bertugas pun mati kena tetak, ada yang kena tembak tembus pipi ke kepala, ini bukan ajaran Islam. Tak sepatutnya dikaitkan dengan Islam. Lagi-lagi menggunakan nama Jemaah Islam.

AM,

Nong Chik, Pattani.

2:53 pm, 18 Mei 2024

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *