Sarapan di bumbung rumah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Di Irbid, Jordan menjelang musim sejuk, dalam rumah udaranya sejuk tetapi di luar masih panas lagi. Awan kurang, langit membiru cantik. Jadi kalau nak berpanas-panas, tanpa keluar jauh, naik je atas bumbung apartment. Orang sini panggil sutuh. Nikmati cahaya dan haba dari Allah Taala sambil menjamah jemput-jemput kentang yang masih panas di cicah sos tomato cair. Tanpa ‘syie’ pun dah menyelerakan, betapa lagi kalau ada ‘syie’ nipis, panas kurang gula…uummph. Terima kasih Tuhan.

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *