Sekitar Persiapan Expo Halal Sarajevo

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Ampun maaf, tak banyak gambar yang anjang perolehi tapi apa yang ada moga-moga membawa hati dan perasaan pembaca AM untuk sama-sama mendoakan perjalanan expo ini agar dengan sebabnya semakin ramai orang mencintai Allah dan Rasul.

Yang Non Muslim diberi hidayah untuk memeluk Islam. Yang Muslim dikuatkan Islamnya, akidah, perlaksanaan syariat dan akhlak mereka hasil melihat cara hidup Islam yang GISBH bawa di expo ini melalui petugas-petugas di booth, produk-produk dan perkhidmatan yang dipamerkan serta penerangan yang diberi.

Ya Allah! Jayakan expo halal Sarajevo 2019 seperti yang Engkau kehendaki! Aamiin…..

Islam itu cantik. Kena tunjukkan Islam itu indah kepada semua terutama kepada warga Eropah.
Ziarah, Dakwah & Tijarah. Tijarah itu sendiri adalah sunnah Rasulullah SAW. Ada riwayat menyebut: Siapa yang berpegang kepada sunnahku, di kala rosaknya umatku, baginya pahala 100 syahid.
Ziarah, Dakwah & Tijarah. Tijarah itu sendiri adalah sunnah Rasulullah SAW. Ada riwayat menyebut: Siapa yang berpegang kepada sunnahku, di kala rosaknya umatku, baginya pahala 100 syahid.
Dalam semua organisasi ada pemimpin ada pengikut. Masing-masing ada peranan sendiri. Allah nilai amalan masing-masing bergantung kepada takwa di hati. Marilah kita kejar nilaian Allah bukan pujian pujian manusia atau tertekan dengan kejian mereka.
Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan
Selain terlibat dengan #BMF di Malaysia untuk memeriahkan ekonomi umat Islam, GISBH juga mengambil tanggung jawab memperkenalkan Cara Hidup Islam di jantung bumi Eropah, Sarajevo.
Maaf gambar dalam proses, insyaAllah kita akan kongsikan suasana hari ini nanti. Semua ini semasa persiapan.
Tuan Fadhil dan Tuan Mokhtar turun padang membantu
Tuan COO juga bersama-sama menghidupkan suasana dan semangat menyiapkan segera booth GISBH.
Sebagai Golden Sponsor, GISBH diberi beberapa keutamaan di penyertaan kali ke 2 ini.
Mudah-mudahan GISBH dan peserta dari Syarikat-syarikat Malaysia yang lain menjadi duta membawa nama baik Malaysia di mata dunia khasnya kepada Muslim Eropah.
Di hadapan banner memaparkan syarikat-syarikat yang terlibat dalam expo kali ini.
Moga-moga semua orang faham dan difahamkan bahawa expo halal itu bermula dari orangnya, maka setiap yang terlibat khususnya para pimpinan syarikat adalah mereka yang sangat menjaga syariat halal dan haram. Mendirikan kewajipan seperti solat, menutup aurat, berkata benar, menunaikan janji, berkasih sayang. Pendek kata buat yang halal sahaja… InsyaAllah expo ini akan diberkati.
Tuan COO bersama gambar-gambar pimpinan lama di Bosnia khasnya di Sarajevo sejak zaman Empayar Uthmaniah. Kelihatan ramai yang mempertahankan sunnah Rasulullah dalam berpakaian.
Dato’ CEO di tengah bandar lama Sarajevo. Kesan sejarah lama yang elok dikunjungi untuk mengingati perjuangan umat Islam sebelum kita.
Ketua RPU bersama Dato’ CEO di salah sebuah taman yang menghijau tidak berapa jauh dari villa GISBH
Kolam Renang di Villa GISBH Sarajevo
Villa GISBH Sarajevo ni dah nak sama dengan teratak Pak Habib. Cuma Pak Habib punya di Janda Baik, yang ni di Sarajevo. Pak Habib kena ziarah ni. Anjang dah sampai teratak Pak Habib di Janda Baik yang indah tu.
Kalau ada ikatan kasih sayang yang susah dimudahkan, masak memasak kita rujuk Chef Nazif. Tukang menukang kita tanya panduan En Ramlan.
Antara pimpinan RPU yang berpeluang berkhidmat sekarang di Sarajevo khasnya semasa ekspo kali ini.
Orang muda jangan malu belajar dengan orang lama. Cepat-cepat dapatkan 10 kemahiran hidup paling kurang.

Villa Amman

9.48am, Sep 26, 2019

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Sekitar Persiapan Expo Halal Sarajevo

  • September 26, 2019 at 8:35 am
    Permalink

    شكرا كثيرا….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *