Sarajevo, Bosnia-Croatia-Itali

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Dari Villa GISBH Sarajevo kami bergerak menghala ke arah Doboj, sempadan Croatia. Perjalanan dijangka memakan masa 3 jam. Lebih kurang 8.30 am kami bergerak keluar. Sebenarnya agak lambat sikit kerana menyiapkan sedikit dokumen yang diperlukan…

Tinggalkan Md Jun, Fateh, Syauqi, En Lan dan lain-lain. Ada rezki kita berjumpa lagi. Team di sini sedang bertungkus lumua siapkan restoran dan hotel sebelum bulan empat tahun hadapan kerana menurut perancangan awal, InsyaAllah GIIBF’20 akan di adakan di Sarajevo.

Suasana perjalanan pagi ini diselubungi kabus. Nak snap gambar pun tak nampak sangat pemandangan indah Sarajevo.

“Kalau kabus macam ni, InsyaAllah tengahari ini panas terik…” Kata Abg Suhail. Itulah pengalamannya sejak sering terlibat xpdc di Benua Eropah malah pernah ikut jalan darat hingga ke Morocco.

Tak sampai 1 jam berkenderaan kami mencari petrol pump untuk mengisi minyak. Biasalah yang berpenyakit akan cari tandas, ambil peluang buang air. Petrol pam di sini bersih. Tandasnya pula bersih dan kering sebab tak ada paip. Aduh. Bersih tapi susah bersuci. Kena bawa botol air sendiri untuk istinjak. Nampaknya cara hidup Islam yang mementingkan kesucian sangat perlu diterapkan.

Kami meneruskan perjalanan. Kembara kali ini masih terlalu jauh. Matlamatnya ke Algeria dan Tunisia. Tempat yang banyak gerakan tarekat. Tuan PLP ingin bersama-sama para ALP GISB mencari kenalan di kalangan ahli tarekat khasnya para pencinta Rasulullah SAW untuk diajak bersama-sama memburu kemenangan Islam di akhir zaman yang pernah disabdakan Nabi.

Kami berhenti di sebuah stesyen minyak yang ada restoran. Order jus Oren 2 gelas dan minta izin bersarapan di situ. Alhamdulillah, di Bosnia ini, dalam permusafiran lagi, kami dapat makan nasi lemak, memang lemak, dengan hirisin halia nipis, tapi… untuk orang sakit ni, ia nasi lemak hospital. Lemaknya tak naik sebab tak letak garam. (Sangat sesuai untuk pengidap darah tinggi) Tapi siapa nak beri nasi lemak di sini? Kalau bukan berkat jemaah. Nasi lemak, telur mata kerbau dan ayam goreng. Terima kasih Tuhan.

Ketika menghampiri sempadan Croatia, En Mad ajak singgah stesyen minyak untuk fullkan tank sebab KM banyak lagi. KM ni bukan kilometer tapi matawang Bosnia. Selesai isi minyak, kami bergerak memasuki deretan kereta yang panjang menghala ke passport control.

Stesyen minyak terakhir sebelum masuk Croatia. Isi minyak full sebab ada baki duit KM.
Juga beli sedikit keperluan. Tandas di sini agak kotor.

2.45 pm cop paspot imigresen Bosnia menuju imigresen Croatia

3.25 pm imigresen Croatia. Dekat 2 jam juga beratur panjang untuk cop paspot di dua imigresen 2 negara.

Ini selepas cop paspot di imigresen Bosnia. Beratur panjang dan lama sejak sebelum cop lagi.
Lalu atas jambatan pula. Di sini sahaja rasanya hampir 2 jam.
Sungai sempadan Bosnia-Croatia

Sekitar jam 4.00 pm kami sampai di sebuah R&R. Ia R&R kedua selepas boarder. Biasanya R&R pertama selepas imigresen orang ramai singgah. Dah kereta beratur panjang, sudah tentu ada yang nak buang air dll. Jadi kami cari R&R yang tenang sedikit. Solat, panaskan masakan, makan tengahari. Alhamdulillah, R&R ini jugalah para ALP GISBH singgah bersolat sewaktu hendak ke Morocco dalam kembara awal tahun ini. InsyaAllah ada keberkatannya.

Video Bosnia-Croatia

Setelah menunaikan solat jama’ takhir, kami teruskan perjalanan. Hari sudah hampir Maghrib. Masuk Maghrib bila tenggelam matahari. Selepas itu kelihatan mega merah di ufuk barat. Ni mega dalam istilah fekah, bukan mega yang kita faham. Apabila mega merah hilang di ufuk barat, masuklah waktu Isyak. Bila berjalan jauh ni sempat la kami lihat mega merah ini yang sangat cantik menghiasi langit Croatia.

Habis waktu Isyak bila? Bila terbit fajar Sadiq. Ni bukan Sadiq orang Muo tu. Fajar Sadiq. Fajar kedua. Fajar pertama, Fajar Kazib. Iaitu suasana terang seketika kemudian gelap kembali. Tapi Fajar kedua, keadaan langit terang sedikit demi sedikit hingga terbit matahari iaitu berakhirnya waktu Subuh.

Indahnya Islam, semuanya di terangkan secara detail. Hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Bilalah Islam sebenar akan kembali menaungi seluruh alam. Agar seluruh manusia hidup aman damai beradab dengan Tuhan, saling mengasihi sesama Bani Adam.

Kenalan baru, jumpa di R&R, seorang Bosnia, bekerja di Jerman, Erzad Mikkic. Bersungguh-sungguh memberi anjang roti Bosnia dengan hirisan daging sambil meyakinkan anjang, daging ni halal.

Sekitar jam 7.02 pm kami sampai ke immigration Croatia. Cop paspot dan terus ke sebelah Slovakia. Alhamdulillah tak banyak soalan. Sekadar bertanya, kamu nak ke mana? Bila kita kata nak ke Algeria. Dia orang tanya buat apa? Kita jawab melancong dan bisnes. Alhamdulillah kenderaan Mercedes Sprinter yang kita bawa memang siap ada sticker Nur Muhammad Travel and Tours, sebuah syarikat perlancongan yang berdaftar di Istanbul, Turki.

Setelah itu kami meneruskan perjalanan menuju Itali. Kami masuk Itali jam 10.42.

Asalnya hendak pergi ke pusat komuniti orang Islam di sini. Tetapi bila sampai dah larut malam. Masjid pun dah tutup. Kami beralih ke RnR terdekat. Sampai hampir jam 2am. 20hb Okt 2019. Nama tempat tu Padova, Itali. Sampai sahaja, En Mad, Jun dan Hai terus siapkan sejadah kami. Kain putih yang dijahit di bawahnya dengan kanvas biru. Bila dilipat, dipastikan sejadah putih yang suci itu di sebelah dalam agar terus terjaga kesuciannya. Itulah yang diajar oleh Tuan Nasir agar kreatif dalam menjaga ibadah. Dapat tunaikan tanggung jawab kepada Allah dan mempamerkan syiar Islam di negara bukan Islam. Yang paling penting ibadah kita terjaga. Di mana-mana pun kita berada, kita di atas bumi Allah. Hak Allah yang sangat perlu ditunaikan.

R&R di Padova, Italy
Program yang paling utama ialah solat berjemaah
Cover sikit dengan kenderaan seperti sutrah.
Moga Allah jadikan kami istiqamah menjaga hubungan dengannya. Nak syumulkan keluarga dan jemaah mesti syumulkan diri dan peribadi dahulu.

Selepas solat, kami ambil masa berehat tapi anjang ambil peluang set line Digi roaming. Digi beri 2GB untuk 3 hari di Itali. Amik la walaupun agak mahal sebab line selalu tak ada. Sebenarnya kami sekejap je di sini, lalu je. Tapi anjang tak nak ketinggalan berita dan perkembangan kawan-kawan khasnya kedatangan Tuan Nasir ke Jordan. Moga Allah bantu segala pergerakan semua staf GISBH khasnya para pimpinannya.

Hampir azan Subuh kami bersiap solat dan sama-sama menunaikannya berjemaah. Maha Suci Tuhan yang mengizinkan kami sujud, meletak dahi di bumiMu, Italy. Ya, dulu anjang belajar tentang Benito Mussolini dari gerakan Fasis menjadi antara tokoh terkenal bergabung dengan Hitler menentang tentera Berikat di dalam Perang Dunia Ke 2. Pagi ini Allah izinkan anjang dan kawan-kawan menyembahNya di bumi yang pernah seorang diktator berkuasa. Siapa lebih berkuasa? Allahhhh. Allah akan serahkan kepada orang yang terbaik di kalangan hamba-hambaNya.

‎أَنَّ ٱلْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ ٱلصَّٰلِحُونَ

‏Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang baik-baik

AlAnbiya’: 105

Sejarah Syeikh Omar Mokhtar seorang pejuang sufi di Libya yang terkenal menentang penjajahan Itali ke atas negaranya juga sangat tersemat di hati dan pemikiran kerana itulah antara filem yang dibenarkan menontonnya semasa belajar dahulu. Dengan akhlak mulia dan jiwa yang benar-benar beriman Syeikh Umar Mokhtar dimuliakan Allah dengan syahid di tali gantung dalam keadaan musuh sangat mengkagumi keperibadian beliau.

Selepas solat, bergotong royong siapkan sarapan. En Md dan Abg Suhail siapkan laporan. Hai, Jun dan Lah panaskan minyak, tumis perencah nasi goreng, campur baki kuah sardin semalam dan masukkan nasi putih yang kami simpan dalam peti ais Sprinter. Mujur ada peti ais sebab nasi tu macam hampir basi petang semalam. Alhamdulillah berjaya diselamatkan. Kami sangat dididk supaya tidak membazir.

Menyantuni seorang beragama kristian dari Negeria yang meminati Erdogan

Kita hamba Allah, sebutir nasi pun kita tak mampu menciptanya. Semuanya adalah ciptaan Allah. Sangat tidak beradab kalau kita bazirkan walaupun sebutir nasi. Hidangan yang terhidang di hadapan kita pula terdapat ribuan orang mungkin jutaan orang terlibat menyiapkannya. Moga yang bukan Islam diberi hidayah. Yang Muslim diampunkan dosa-dosa dan ditingkatkan keislamannya.

Selesai sarapan kami bersiap dan meneruskan perjalanan. Ada lebih kurang 700km lagi untuk sampai Marseille, Perancis.

“Tak jauh…”Kata En Mad. Itulah jiwa RPU, travel by road dalam 700km pada mereka dekat je, macam Sendayan – Seremban 2 je.

Otw sempadan Perancis

9.39am, Okt 20, 2019

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *