Itali-Perancis

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Travel/Berjalan darat tak sama dengan naik kapalterbang atau kapal laut. Naik flight nampak awan je. Nampak langit. Kadang-ladang nampak matahari terbit atau tenggelam. Ketika nak naik dan mendarat nampak pemandangan daratan dari udara. Naik kapal, mungkin sekadar nampak air tak bertepi. Tapi travel by road ni nampak macam-macam pemandangan. Kampung Eropah dengan rumah yang sederhana besar. Setiap rumah mesti ada serombong asap kerana cuaca musim sejuk memerlukan mereka memanaskan rumah. Tepi rumah ada stok kayu untuk dibakar nanti. Ada pertaniannya. Ada yang tanam jagung untuk keperluan sendiri dan binatang ternakan. Ada juga yang usahakan ladang jagung yang luas dilengkapi dengan alat menyembur air dan racun, juga jentera-jentera moden untuk menuai. Kelihatan juga ternakan biri-biri, lembu susu dan kuda.

Indahnya ciptaan Tuhan. Sekali sekala melihat ladang jagung dengan pokok-pokoknya yang telah kering dan jagung yang telah dikutip di dalam lori. Ada kalanya melihat rumput yang bergulung cantik seperti bongkah kabel letrik TNB. Kadang-kadang melalui ladang anggur yang luas, berpara cantik dan kemas. Para tu junjung. Pernah dengar peribahasa, ‘Macam kaduk naik junjung’? Apa maknanya?

Melihat sungai, lembah, gunung ganang, pantai, laut, berpuluh-puluh terowong di sepanjang perjalanan ini juga mengasyikkan.

Yang kerapnya melihat pokok-pokok di sepanjang jalan dengan daun-daun yang kuning, perang, merah berguguran di musim luruh ini. Indah sungguh pemandangan. Kalau Allah tak cipta semua ini, tak dapat kita melihatnya. Kalau Allah tarik nikmat penglihatan pula, semua pemandangan yang cantik, kita tak nampak. Kalau Allah tak izinkan perjalanan ini, pun tak dapat melihat semua ini. Maha Suci Engkau Ya Allah. Jadikan kami hamba-hambaMu yang bersyukur.

Setelah beberapa jam berjalan, kami mengambil keputusan berhenti untuk bersembahyang. Di negara majoriti rakyatnya bukan Muslim ini kena cari tempat yang sesuai untuk tunaikan solat. Setakat ini di RnR antara yang sesuai. Kami berhenti di Bagnolo Mella di sebuah R&R Highway Monaco, Italy. Di kawasan parking ada devider yang agak luas dibuat dari susunan bata merah, kami bentang sejadah dan bersolat di situ. Moga Allah terima amal ibadah kita semua.

Ketika nak sembahyang itu ada sebuah kereta parking tak jauh dari kami, bila pemandu dan penumpangnya keluar, salah seorang dari mereka menunjukkan isyarat kepada kawannya untuk melihat kami. Anjang yakin keduanya adalah paderi berdasarkan jubah hitam yang mereka pakai. Sedikit sebanyak, kami menjadi tumpuan. Ada seorang lelaki Rusia bersungguh-sungguh nak berselfie dengan kami. Walaupun belum punyai aura orang yang bertakwa tapi berjalan secara berjemaah mempunyai keberkatan yang tersendiri.

Di sebelah parking lot itu terdapat sebuah kawasan rehlah yang cantik dan kemas. Disediakan pondok-pondok kayu yang kukuh dengan meja kayu bersambung bangku yang muat untuk 6 orang, ngam-ngam bilangan kami. Ada pula disediakan paip air di setiap pondok.

Kami gotong royong membawa peralatan dari kenderaan ke situ dan Khai dan Jun terus berperanan memasak nasi. Macam biasa, beras basmati. Lah bantu keluarkan lauk. Rendang daging, sambal bilis, ikan goreng. Sementara menunggu, Abg Suhail siapkan roti sebagai ‘alas perut.’ Setelah siap semuanya kami duduk dan makan bersama. Indahnya hidup berkasih sayang umpama 1 keluarga. Malanglah kalau pernah hidup begini, tiba-tiba Allah tarik nikmat ini. Ya Allah, jadikan kami hamba-hambaMu yang bersyukur.

Setelah itu kami bersiap dan meneruskan perjalanan yang masih panjang. Allah jadikan hari ini mendung dan hujan turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan.

Kali ini kami dapat melihat pemandangan laut dan macam biasa terowong demi terowong tiba-tiba dah masuk border Perancis.

Masuk sempadan Perancis jam 5.05 pm tanpa apa-apa cop. Macam masuk negeri-negeri di Malaysia. Itu antara kebaikan Kesatuan Eropah, memudahkan. Kita, Sabah dan Sarawak pun ada sedikit susah nak masuk. Betul tak? Anjang cadangkan ubah je undang-undang tu, mudahkan kemasukan kita ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. Kita kan sama-sama Malaysian.

Masuk Perancis, En Mad terus cadangkan kita ke masjid untuk tunaikan solat Maghrib Isyak. Alhamdulillah kami sama-sama setuju cadangan En Mad untuk sembahyang di Masjid Imam Malik.

Sebab parkingnya luas, mudah kami nak sediakan makanan.

Pihak masjid tiada halangan untuk kita gunakan tandas masjid dan lot parking. Selesai berwudhu’ anjang bersalaman dengan beberapa orang jemaah Masjid. Nama kawasan itu Le-Cannet-Des-Maures dalam 80km sebelum sampai Marseille. Selepas solat sunat tahiyyatul masjid, anjang berkenalan dengan seorang jemaah. Orangnya memakai seluar jean dan kemeja yang agak lusuh. Namanya Ridha Teboulbi. Berumur 65 tahun. Berasal dari Tunis. Isterinya orang Maghribi. Kawasan ini memang ramai Orang Maghribi, Tunis, Algeria dan Turki.

Pak Cik Ridha tanya anjang dari mana? Anjang ceritalah dari Malaysia tapi kami musafir dari Bosnia, naik kereta. Nak pergi Algeria dan Tunisia. Dia tanya, jemaah Dakwah ke? Anjang beritahu, kami dari sebuah syarikat yang ingin memperjuangkan Islam melalui semua bidang dalam kehidupan seperti berniaga. Alhamdulillah kami ada restoran di Istanbul, Sarajevo, Paris, London, Manchester, Frankfurt dll. Kami cuba berdakwah melalui cara hidup. Kata Pak Cik Ridha, itu yang betul. Allah sangat murka orang yang hanya berkata-kata tanpa berbuat.

Pak Cik Ridha
Pak Cik Ridha waktu muda. Amik dari FB dia
Gambar sekarang lebih kurang macam ni

Pendek cerita Pak Cik Ridha tanya dah makan ke belum? Malam ni tidur mana? Dan dia bertegas nak belanja kami tidur hotel supaya boleh mandi dan bersolat dengan selesa.

Pak Cik Abd Aziz
Amin

Akhirnya malam tadi kami dapat nikmat jamuan makan malam dari AJK Masjid En Abd Aziz dan anaknya Amin. Pizza Magribi yang sedap. Pak Cik Ridha pula beri kad banknya pada En Abd Aziz untuk uruskan kemasukan kami ke hotel F1 yang comel. Dapatlah kami nikmat kerehatan, mandi air panas, masak sarapan sendiri di bangku depan hotel dan yang penting dapat gunakan wi fi hotel. Terima kasih warga Muslim di Perancis yang sangat memuliakan tetamu. Walaupun dah jauh merantau ke negara orang. En Abd Aziz telah pindah ke Perancis sejak 1984. Tapi tetapi terjaga keislamannya. Janganlah kita baru pindah dalam Malaysia je dah tak pandai layan tetamu. Layan tetamu ni besar, Allah kaitkan dengan keimanan kepadaNya dan Hari Akhirat, dua rukun Iman.

ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليكرم ضيفه

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

Kalau nak ‘hati sejahtera’, kenalah selesai bab-bab asas seperti rukun iman begini. Baru jadi pemimpin yang berwibawa. Nasihat untuk diri anjang sendiri.

Hotel F1, Le-Cannet-Des-Maures, Perancis.

10.28am, Okt 21, 2019

Kiosk pendaftaran. Hotel F1

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *