AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Al Madinatul Munawwarah

Kongsikan kepada yang lain
Share
Perjalanan sepanjang malam dari AirPort Jeddah ke Madinah mendapat hadiah seelok menyambung perjalanan setelah berhenti solat Subuh di sebuah Masjid
Hadiahnya ialah dapat melihat matahari terbit
Di celah-celah bukit Madinah Munawarah yang sangat berkat… Indahnyaaa
Di awal masuk ke Madinah Munawwarah terdapat satu bangunan lama pintu kota. Menurut En Ikrimah kembali sejarah pembinaannya di zaman Empayar Uthmaniah. Banyak jasa Empayar Uthmaniah kepada umat Islam. Moga Allah kembalikan kekuatan Umat Islam hingga kembali menaungi dunia.

Inilah suasana di dataran Masjid Nabi SAW di awal pagi.

Bersungguh-sungguh Pak Cik ni nak beri kami roti dan tamar. Mungkin memang setiap hari dia mengagih-agihkan makanan kepada orang ramai di Masjid Nabi ini seperti ayah Syeikh Sulaiman. En Ikrimah ceritakan, di awal 40 hari pertama Ayah Syeikh Sulaiman berkhidmat memberi makan kepada jemaah di Masjid Nabi, Allah uji bermacam-macam perkara tetapi apabila beliau berjaya mengatasinya, seelok selepas 40 hari, semua kerjanya dimudahkan dan diberkati. Sekarang bukan sahaja bekalan bahan mentah dan wang orang beri kepada ayahnya, malah sewa rumah dan lain-lain keperluan semuanya ditanggung. Dia hanya memberi tumpuan menyediakan makanan kepada sebahagian dari jemaah Masjid Nabi setiap hari lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Beliau enggan meninggalkan Madinah kerana cintanya kepada Rasulullah dan sangat suka berkhidmat. Pun begitu jika Tuan Nasir hendak pergi kembara ke Sudan, beliau bersedia mengiringi Tuan Nasir. Anaknya Syeikh Sulaiman, diserahkan kepada Tuan Nasir sebagai anak angkat. Syeikh Sulaiman sekarang adalah CEO Muzium Rasulullah di Madinah.
يا قبة الخضراء مالك…
شكرا لكما…
ببركة رسول الله نلتقي
لا نلتقي ولا نفترق إلا لوجة الله تعالى. لكل واحد في الجماعة له مسؤولية …
بدأت أتذكر أم خديجة التي كانت معنا في هذا الموقع في منتصف الليل قبل تسع السنوات…
Payung-payang yang tersusun cantik di dataran Masjid Nabi
Bersama pembesaran Masjid Nabi, rumah-rumah para sahabat bercantum dengan Masjid Nabi. Rasulullah mengarahkan semua pintu rumah yang direct ke Masjid Nabi di tutup, ertinya mereka kena masuk masjid melalui pintu masjid yang khusus kecuali pintu dari Rumah Saiyidina Abu Bakar. Inilah tempatnya pintu dari rumah Saiyidina Abu Bakar RA. Sahabat Rasulullah yang paling utama.
Terdapat plak bertulis dalam Bahasa Arab, Pintu Abu Bakar As Siddiq atau Bab As Siddiq.
Ini antara pintu utama Masjid Nabi iaitu Babus Salam.
Pintunya dihias indah. Mulianya Rasulullah, Masjidnya sangat dijaga hingga hari ini.
Lampu di pintu ini
Saf di hadapan mimbar dan Raudhah seelok memasuki pintu. Di hujung sana terletak Makam Baginda yang suci dan mulia.
Ya Rasulallah!
Ya Habiballah!
خذ بيدي…
اللهم انصر جيوش المسلمين
وعساكر الموحدين
وأهلك الكفرة والرافضة والمبتدعة والمشركين

Ziarah Rasulullah SAW

Sila klik link di atas….

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *