Nantikan Mi Segera Ikhwan!

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Rasanya hampir tiada di kalangan pembaca blog AM yang tak pernah makan mi segera. Kita warga kelas menengah dan ke bawah biasalah makan mi segera. Lebih-lebih lagi ketika bujang dan zaman belajar, juga bagi yang bekerja makan gaji. Tengah bulan dan hujung bulan, mi segera la jadi santapan.

Walau ada bermacam-macam pandangan negatif tentang mi segera ia tetap jadi pilihan atau terpaksa dipilih kerana beberapa faktor. Antara perkara yang ditimbulkan jika mengambil mi segera secara berterusan ialah:

1. Ia punca botak kepala kerana perencahnya mengandungi banyak MSG. Ramai yang cakap macam tu. Tapi pengalaman anjang makan apa sahaja yang ada MSG, terus ‘tangkap’ kepala.

2. Mi segera boleh menyebabkan kanser kerana bungkusan atau cup yang digunakan mengandungi dioxin dan plasticizers

3. Mi segera menyebabkan darah tinggi kerana kandungan garam yang tinggi dalam perencahnya.

4. Makan mi segera tidak elok kerana ada salutan lilin atau wax pada mi segera yang menghalang ia hadam dengan cepat dalam perut. Mungkin mengambil masa 4-5 hari.

5. Ringkasnya ada yang mengatakan mi segera boleh menjadi punca tekanan darah tinggi, peningkatan paras gula dalam darah, serangan jantung, strok dan kencing manis.

Tetapi ia tetap menjadi pilihan kerana:

1. Kewangan, seorang yang bajet sudah sangat menipis, mau tak mau kena ada stok mi segera. Mungkin gaji atau biasiswa dah nak habis. Bajet baru belum sampai, perut perlu diisi. Kehidupan perlu diteruskan.

2. Anak ramai. Nak beli bilis, kicap, bawang pun tak mampu. Bajet beli sardin pun tak ada. Akhirnya nasi berlaukkan mi segera, 3 biji telur gred B dan kuah banjir. Masalah kewangan juga juga.

3. Masa terhad. Tak dan nak masak-masak sebab terkejarkan kuliah atau kerja. Atau berhenti rehat dalam perjalanan, tak mau lama-lama. Tapi hendak yang panas berasap, mi segera la jawapannya.

4. Musafir jauh. Lagi-lagi ke negara bukan Islam. Kena ada stok mi segera dan kattle. Kena ada ‘Syarikat Anuar Maju’. Lebih-lebih lagi mereka yang mudah lapar kerana kencing manis atau gastrik. Terpaksa makan mi segera. Kalau nak tunggu tanak nasi, boleh collap kerana hypo.

Oleh kerana ia makanan semua orang hatta orang kaya pun musafir bawa mi segera, maka pimpinan GISB khasnya Tuan Nasir telah meminta dimulakan projek mi segera ikhwan sejak beberapa tahun yang lalu kerana hukumnya fardhu Kifayah ke atas umat Islam.

Setelah berusaha agak lama mencari maklumat dan peluang untuk memulakan projek ini akhirnya dengan keberkatan bulan Maulidurrasul ini, YBhg Tuan Mohd Azral Mohd Noor dan teamnya berjaya mendapatkan mesin untuk memulakan perusahaan mi segera ikhwan. Mohon doa dari semua umat Islam agar ia memenuhi syarat mi segera yang tepat mengikut syariat dan tidak memudaratkan kesihatan.

Untuk pengetahuan pembaca, YBhg Tuan Mohd Azral bergerak di Kuching Sarawak. Pada 13.11.2019 pihak GISBH telah menandatangani agreement belian mesin mi segera dengan tuan asalnya Mr Sim dengan GISBH di pejabat peguam dengan bayaran deposit RM60K dan pada 15.11.2019, pihak GISBH telah menerima kunci kilang dari Mr Sim. Alhamdulillah Mr Sim mula mengajar resepi pertama untuk membuat mi segera dan mengendalikan semua mesin.

Percubaan pertama resepi mi segera dapat berjalan lancar dan berhasil. InsyaAllah kita dapat menguasai resepi tersebut juga resepi seterusnya berkat bulan Rabiul Awal yang mulia ini dan berkat doa semua orang Islam. Nak lebih berkat lagi, boleh sama-sama beri sumbangan modal atau saham akhirat kepada team Tuan Mohd Azral. Moga Mi Segera Ikhwan yang berkhasiat dan paling penting halalan toiyiban segera berada di pasaran.

Hantaq mai satu kontena ke Haramain ni…!!

Video Ringkas Pengilangan Mi Segera Ikhwan

Villa GISBH Madinah

10.50pm, Nov 17, 2019))

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *