Gua Bani Haram
Salam ceria.
Di gua inilah baginda Nabi SAW di bawa oleh para Sahabat utama bermalam kerana mengetatkan kawalan keselamatan kepada baginda dalam peperangan Al-Ahzab kerana para Sahabat utama mendapati ada musuh yang berjaya menyelinap masuk hingga ke khemah nabi di kalangan orang Musyrikin. Rasulullah bermalam di sini beberapa malam dan bermunajat meminta pertolongan dari Allah agar memenangkan tentera Islam terhadap gabungan orang-orang Musyrikin dan Yahudi.
Begitulah yang terjadi, walaupun baginda adalah Rasulullah, kekasih Allah tetapi tetaplah baginda berusaha secara lahir dengan maksimum. Menggali parit sebagai benteng pertahanan hingga tak menjamah makanan selama 3 hari. Tak cukup dengan persiapan lahir, malamnya dipenuhkan dengan bermunajat kepada Allah SWT. Hingga Allah datangkan malaikat memberi khabar gembira, tentera-tentera Islam memperolehi kemenangan.
Moga roh perjuangan Rasulullah dan Para Sahabat mengalir dalam diri-diri kita demi datangnya bantuan Allah untuk kemenangan. Kita hanya inginkan kemenangan yang datang dari Allah kerana ia selamat dan menyelamatkan. Ia datang dengan kasih sayang. Semua manusia saling bela membela. Pemimpin jadi adil. Ulamanya mendidik rakyat dan menasihati pemerintah. Orang kaya pemurah dan merendah diri. Orang miskin sabar, reda, tiada dengki dan tidak meminta-minta, perempuannya pemalu, pemuda aktif membela agama dan bangsa, semua rakyat cintakan kedamaian dan sangat bertolak ansur serta berkasih sayang.
Villa GISBH Madinah
2.41pm, Nov 25, 2019
- https://www anjangmuor com/2019/11/25/gua-bani-haram/ (18)