Sekitar Sambutan Ulangtahun Kelahiran YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali di Tashkent

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,

Malam tadi kawan-kawan di cawangan rangkaian restoran GISBH di Tashkent, Uzbekistan iaitu Restoran Nur Malaysia Tashkent telah mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran Pengerusi Lembaga Penasihat GISBH juga merangkap Pengarah GISBH Uzbekistan, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali di restoran tersebut.

Restoran Nur Malaysia Tashkent adalah restoran Malaysia pertama di Uzbekistan dan antara Perniagaan restoran terkini milik GISBH di luar negara. Hingga kini GISBH telah bertapak di 16 buah negara dalam usaha untuk menjalin silaturrahim sambil berdakwah, berziarah dan jika sesuai dibuka rangkaian tijarah atau perniagaan semata-mata ingin memperlihatkan Islam Sebagai Cara Hidup yang lengkap, selamat dan menyelamatkan.

Program dihadiri oleh semua staf GISBH dan kenalan GISBH En Osman, pemilik premis restoran Nur Malaysia Tashkent dan kawan-kawannya dari Uzbek, bekas Kolonel tentera di era Soviet Union, Mr Abu Baghdad dari Tajikistan.

Sempena Ulangtahun kelahiran YBhg Tuan Nasiruddin ini, En Osman telah menghadiahkan beliau satu persalinan tradisi yang biasa dipakai oleh Amir Bukhara. YBhg Tuan Nasiruddin terus memakainya sepanjang majlis.

AM ambil peluang untuk mengucapkan:

Salam Eid Milad kepada YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali ke 60. Moga Allah berkati seluruh hidup YBhg Tuan, diberi kesihatan, ditinggikan darjat dan ketakwaan, ditunaikan seluruh hajat, dikabulkan segala doa dan permintaan demi Islam. Moga Tuan YBhg Tuan Nasir dan keluarga selamat dunia dan Akhirat. Moga anjang dan kami semua dapat meniru hati & perjuangan YBhg Tuan.

En Syurahbil Amran, pembantu peribadi Tuan Nasir
Kiri: Mr Osman, pemilik restoran Nur Malaysia Tashkent.
Mr Abu Baghdad dengan busana Ikhwan
Mr Sardor, Pengarah syarikat GISBH di Tashkent iaitu NUR MALAYSIA KHURASAN. Boleh berbahasa Inggeris dan sangat banyak membantu pengurusan Syarikat GISBH di Uzbekistan.

Gambar Kenangan AM dengan YBhg Tuan Nasir di Turki.

Ok. Nak gerak ke Mekah dah ni. Jumpa lagi.

Villa GISBH Madinah

7.42am, Nov 26, 2019

P/s Salam Eid Milad juga buat En. Abeed, Moga jadi pelapis perjuangan yang sejati. Selamat dunia akhirat. Aamiin.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *