Abu Chin Peng pulang ke Malaysia
Mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang meninggal dunia pada 2013 akhirnya dapat “kembali ke rumah” pada 16 September tahun ini selepas enam tahun kematiannya.
Menurut kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng dibawa pulang oleh mereka dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu dan ditabur ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua lahir di Sitiawan, Perak pada 1924. Semenjak Perjanjian Damai Hat Yai pada 1989, dia telah bermastautin di Thailand.
Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook, 81 tahun berkata selepas abu mayatnya tiba di Ipoh, mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang pada hari yang sama.
Menurut Chai, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut di Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa, tanpa sebarang tugu atau jirat.
Kredit: Malaysiakini (BM)
———————————————————-
AM: Dunia dikuasai oleh mereka yang ada cita-cita samada cita-cita itu baik atau tidak. Cita-cita pula datang dari jiwa. Sebesar mana jiwa seseorang itu, sebesar itulah cita-citanya. Walaupun mereka minoriti, dengan cita-cita mereka tetap akan gapai matlamat yang telah mereka gariskan.
GISBH ada matlamat dalam hidup dan cita-cita iaitu untuk menjadi hamba Allah sebenar-benar hamba dan Khalifah Allah untuk berkhidmat sebanyak-banyaknya kepada hamba-hamba Allah. GISBH bukan nak menyebarkan keberkatan di laut Lumut, Sitiawan dan Pantai Remis atau di banjaran Titiwangsa sahaja, bahkan kalau boleh ke seluruh dunia. Sebab itu GISBH telah berada di 16 buah negara dan sedang meneroka ke beberapa buah negara lagi.
Komunis tiada agama. Fahaman komunis tidak percaya akan adanya Tuhan. Untuk apa abu mayat Setiausaha PKM dibawa ke Malaysia, pihak yang menguruskan sahaja lebih tahu. Kalau ia tiada kaitan dengan agama dan kepercayaan, adakah ia ada kaitan dengan cita-cita yang tidak kesampaian dan diharap ada pihak yang menyambungnya?
Kalaulah fahaman Komunis yang jelas bercanggah dengan Rukun Negara malah sangat mengarut dan bercanggah dengan fitrah suci manusia masih ada yang meyakininya dan memperjuangkannya sepatutnya agama Islam yang suci yang datang dari Allah sangat ada pembela-pembelanya.
Moga-moga RPU (Remaja Pembela Ummah) mengambil tanggjawab ini dan sanggup buat apa sahaja demi Allah dan Rasul-Nya.
Otw Villa GISBH Mekah
12.03pm, Nov 26, 2019
Syabas GISB Hldngs..melangkah pelusok dunia ; membawa nilai2 Islam berkibar dlm facets ekonomi teknologi ,business makanan berasaskan toyyiban pembangunan ummah khususnya bangsa Melayu menghidupkan tamaddun Islam secara rasional dan kasih sayang.
Terima kasih. Doakan kami.