Sejuknya Sarajevo

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Pagi ni cek kesihatan di Klinik Ikhwan Putrajaya. Ambil darah, timbang berat badan, urine test dan cek BP. Darah akan dihantar ke lab. Lepas 3 hari bekerja baru dapat result. Moga GISBH di Malaysia akan ada lab macam di Indonesia sedikit masa lagi. Pastu beli strip untuk cek kandungan gula dalam darah.

Selesai semua baru boleh sarapan. Dah dekat jam 10. Sarapan pun dah banyak habis di Kafe Ikhwan Putrajaya ni. Pelanggan ramai. Nak bayar pun beratur. Makan roti telur, bawang dan cili. Tambah sarapan lontong yang dah tinggal baki-baki. Teringat sebab nampak Tuan Salleh makan pagi tadi.

Hari ni panas terik. Bahangnya masyaAllah. Tumpang rehat di surau Ikhwan Putrajaya. Jam 12 lebih keluar, nak ke rumah seorang kawan dengan Tuan Salleh. Hantar bagasi Umrah. Keluar masa ni, lagi panas membahang. Macam nak hujan. Panas-panas macam ni, sejukkan sedikit dengan gambar-gambar yang menyejukkan. Suasana Para Ikhwan di Sarajevo menghadapi musim sejuk.

MENYAMBUT SALJI SARAJEVO

Sekitar Putrajaya

12.44pm, Dis 5, 2019

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: