SENARAI SEKTOR PEMBUATAN KRITIKAL YANG DIBENARKAN BEROPERASI

Kongsikan kepada yang lain
Share

1. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengambil tindakan proaktif dengan melaksanakan sesi libat urus bersama pihak Industri pada 17 Mac 2020, yang dihadiri oleh persatuan-persatuan industri dan dewan- dewan perniagaan antaranya Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) dan The Japanese Chamber of Trade and Industry, Malaysia (JACTIM) yang mewakili industri pembuatan negara.

2. Kerajaan menyambut baik kefahaman pihak industri berkaitan kewajaran peraturan kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

3. Dalam hal ini, Kerajaan amat prihatin dan memandang serius akan cabaran yang dihadapi oleh pihak industri dan turut mengambil maklum akan kepentingan sektor industri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa. Kerajaan akan terus bekerjasama dengan komuniti industri khususnya dalam memastikan perkhidmatan bekalan penting tidak terputus.

4. Sehubungan itu, Kerajaan telah memberikan kelulusan untuk beroperasi dengan syarat-syarat tertentu kepada pihak industri pembuatan yang berkenaan, terutamanya yang mengeluarkan produk-produk yang ditakrifkan sebagai kritikal (seperti di Lampiran A), dengan operasi pekerja di tahap minima dan penggiliran pekerja dilaksanakan. Industri yang dipertimbangkan juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah saringan dan pencegahan wabak COVID-19 wajib dilaksanakan di peringkat syarikat demi keselamatan pekerja dan pelanggan.

5. Syarikat-syarikat yang diluluskan untuk beroperasi WAJIB mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

i. Syarikat hendaklah mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minima atau sekurang-kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah semasa atau yang berdaftar, bagi pengeluaran di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syarikat hendaklah mewujudkan sistem bekerja dari rumah bagi pekerja yang tidak terlibat dengan aktiviti pengilangan yang kritikal.

ii. Syarikat dikehendaki untuk memenuhi permintaan dan keperluan produk keluaran atau perkhidmatan bagi pasaran tempatan sepenuhnya.

iii. Syarikat hendaklah mengemukakan kepada MITI senarai pekerja yang terlibat semasa tempoh PKP dan memastikan pergerakan pekerja terbabit hanya terhad dari rumah ke kilang/premis.

iv. Syarikat hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan, dan mengambil bacaan suhu badan pekerja pada setiap hari di pintu masuk kilang/premis. Bacaan bagi setiap pekerja hendaklah direkod dan disimpan untuk rujukan.

v. Sekiranya suhu badan didapati melebihi paras biasa, syarikat hendaklah menghubungi Pejabat Kesihatan atau Hospital Kerajaan terdekat.

vi. Semua pekerja hendaklah mematuhi prosedur pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh KKM yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

vii. Syarikat hendaklah menyediakan hand sanitizer di pintu masuk dan tempat-tempat lain yang berkaitan dalam kilang/premis, serta memastikan pemakaian face mask oleh setiap pekerja.

viii. Syarikat hendaklah menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman di kilang/premis sebelum setiap shift atau operasi bermula.

ix. Proses sanitasi dan pembersihan perlu dilaksanakan tiga (3) kali sehari terutamanya di kawasan umum (common spaces) seperti lobi, lif, cafeteria, bilik-bilik mesyuarat, surau, bas/pengangkutan pekerja dan pusat rekreasi tertutup.

x. Syarikat hendaklah memastikan kenderaan pekerja telah menjalani proses sanitasi dan pembasmian kuman setiap kali sebelum digunakan.

xi. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalan terbaik social distancing disediakan dan dilaksanakan khususnya di kawasan-kawasan pengeluaran fasiliti (production floor); cafeteria/kantin; bilik-bilik mesyuarat; surau dan dewan serba guna (multipurpose hall).

xii. Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti COVID-19, syarikat adalah bertanggungjawab menanggung sepenuhnya semua kos perubatan, proses nyah cemar premis, dan lain-lain kos yang berkaitan.

6.

xiii. Kerajaan ingin menegaskan bahawa kelulusan ini boleh dibatalkan dan ditarik balik, sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi oleh pihak syarikat/industri.

xiv. Kerajaan berhak untuk meminda syarat-syarat di atas tertakluk kepada situasi semasa.

Kerajaan ingin menegaskan bahawa kelulusan ini boleh dibatalkan dan ditarik balik, sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan ditidak dipatuhi oleh pihak industri.

Sekian.

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI

18 MAC 2020

SENARAI SEKTOR PEMBUATAN KRITIKAL YANG DIBENARKAN BEROPERASI TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT MITI

A. Senarai Barang Penting yang Diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM)

Produk

1. Makanan dan minuman termasuk barang-barang yang diimport.

• Beras

• Gula

• Minyak sayuran dan lemak haiwan

• Tepung dan bijirin

• Roti

• Air

• Produk tenusu – susu dan formula bayi

• Rempah ratus

• Makanan kering

• Kopi dan teh

• Makanan dalam tin

• Daging

• Ayam

• Makanan haiwan / ternakan

• Proses buah dan sayuran

2. Pertanian dan perikanan, termasuk import

• Ikan dan makanan laut

• Buah-buahan

• Sayur-sayuran

3. Produk barangan rumah

• Bahan pencuci

• Bahan pembasmi kuman

• Sanitisers

• Barang penjagaan diri

• Tisu tandas dan kertas tisu

4. Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment-PPE) termasuk Peralatan Keselamatan Kebakaran dan Pakaian Perubatan termasuk topeng muka, sarung tangan getah.

5. Farmaseutikal– Semua bahan kimia dan ubat-ubatan.

6. Bahan pembungkusan dan percetakan, termasuk dakwat

7. Peranti perubatan dan pembedahan

8. Bahagian untuk alat perubatan misalnya bahan untuk ventilator.

B. Senarai Produk Yang Merupakan Sebahagian Daripada Rantaian Bekalan Produk Penting Bagi Pengecualian Sekatan Pergerakan

Produk

1. Minyak dan Gas

2. Petrokimia

• Resin PTA & PET

• Serat poliester & filament

• Polypropylene & polyethylene

• Resin ABS & MABS

• Maleic Anhydride

• Resin Pes PVC (PVC Paste Resins)

• Expanded EPE

• Impact modifiers & processing aids

• Styrene Monomer

• Styrene Butadiene Latex

• Polystyrene

3. Bahan dan produk kimia-Baja dan Racun

4. Elektrikal & Elektronik (E&E) termasuk semikonduktor.

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI

18 MAC 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *