Katering Nur Malaysia Istanbul di program Kempen Melawat Malaysia 2020

Kongsikan kepada yang lain
Share

Sokongan GISBH terhadap usaha-usaha kerajaan untuk menarik pelancong dan pelabur dari Turki ke Malaysia bukan biasa-biasa. Di saat restoran Nur Malaysia Istanbul sangat memerlukan tenaga kerana bilangan pelanggan yang sentiasa ramai dari pagi hingga malam di musim cuti akhir tahun ini, GISBH tetap menyahut usaha Kedutaan Malaysia di Ankara dalam melancarkan kempen pelancongan dengan menghantar 9 orang tenaga menempuh perjalanan sejauh 450km ke sana. Jauh tu, bukan dekat…

GISBH bukan sahaja menyediakan juadah masakan cita rasa Malaysia yang lazat seperti nasi lemak dengan lauk ayam goreng berempah, sate ayam, pulut kuning, mi goreng dan teh tarik, malah memberi diskaun TL500 kepada pihak penganjur sebagai sumbangan GISBH untuk sama-sama menjayakan program ini.

Pada GISBH, yang penting Malaysia semakin dikenali di persada dunia walaupun hanya melalui makanan. Melalui perkhidmatan seumpama ini, GISBH dapat memperlihatkan akhlak Islam kepada semua samada pihak kedutaaan Malaysia mahupun warga tempatan menerusi tenaga remaja yang menjadikan ‘Islam Sebagai Cara Hidup’ itu pakaian harian mereka.

Walaupun menempuh perjalanan yang jauh dan terpaksa bertugas dengan tenaga yang agak terhad pula di base utama di Restoran Nur Muhammad Istanbul, semua staf GISBH sangat gembira dapat berkhidmat untuk harumkan nama negara Malaysia. Kalau dapat peluang mengadakan persembahan lagu-lagu mendidik jiwa sudah tentu ada nilai tambah dalam program sebegini lebih-lebih lagi GISBH telah menyertainya untuk kali kedua.

Terima kasih kepada Kuasa Usaha Arhan Syafrisyah Shah Anuar yang memberi kata-kata semangat kepada pada RPU GISBH dengan responnya, yang program sangat OK kerana mendapat bantuan kuat dari Istanbul (Team Nur Malaysia). Malah staf NM Istanbul juga diberi keistimewaan menginap di kediaman Duta Besar Malaysia di Ankara dalam menjayakan program ini.

Otw Ikhwan Resort Air Bintan

4.48pm, Dis 10, 2019

Essence Of Malaysia

—————————————————-

Kedutaan Malaysia di Turki lancar kempen pelancongan

ANKARA – Kedutaan Malaysia semalam menganjurkan acara untuk mempromosi pelancongan, perdagangan dan perniagaan negara bagi tahun 2020, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Bercakap pada acara Essence of Malaysia, Kuasa Usaha Arhan Syafrisyah Shah Anuar menonjolkan tiga perkara untuk dipromosikan Malaysia pada tahun akan datang.

Beliau berkata, kedutaan akan berusaha sedaya upaya untuk mempromosi kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 melalui acara sepanjang tahun.

Anuar menyeru agar pelabur dan ahli perniagaan Turki menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 Mac 2020 di Kuala Lumpur.

Beliau juga menekankan bahawa peningkatan perdagangan dua hala antara Ankara dan Kuala Lumpur adalah berkat pemeteraian dan pelaksanaan perjanjian perdagangan bebas pada Ogos 2015.

“Sebagai pemain utama dalam Industri Halal, MIHAS menawarkan pelbagai platform dan peluang seperti program penyumberan antarabangsa selain program tambah nilai yang termasuk sesi rangkaian sarapan dan zon industri,” katanya. – Bernama

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: