Menambah Kawan di Madinah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali mempunyai program yang padat di mana sahaja beliau berada khasnya di cawangan-cawangan GISBH di bawah pimpinan beliau.

Seelok selesai program Mesyuarat Ikhwan, diadakan program dalaman iaitu sambutan ulangtahun kelahiran mereka yang lahir di bulan 12 dengan jamuan nasi Mandi Kambing.

Setelah selesai solat Maghrib dan Isyak, ada pula program pertemuan dengan kenalan di Madinah. Antara sebab berkenal-kenalan ialah kerana GISBH berhajat ingin menyewa ladang kurma untuk memulakan projek pertanian dan penternakan di Madinah. Setakat ini telah 5 tuan ladang yang pihak GISBH temui untuk merealisasikan niat ini tetapi masih belum mendapat kata putus.

Tetapi hikmah Allah amat besar, walaupun belum berjaya mendapatkan ladang kurma yang betul-betul sesuai, GISBH memperolehi kawan yang ramai menerusi usaha-usaha ini. Antaranya keluarga Dr Abdul Aziz Ka’ki, Abu Ahmad, Dr Hani dan malam jumpa Abu Sultan pula. Semuanya dibawa oleh anak angkat Tuan Nasir, Syeikh Sulaiman.

Malam tadi ada pertemuan santai dengan tuan ladang kurma bersebelahan dengan gunung Uhud. Kebunnya tidak besar, hanya 2000 meter persegi atau hampir setengah ekar. Mempunyai beberapa bangunan dan 80 batang pokok kurma 72 darinya kurma ‘Ajwah.

Tuan kebun ini seperti juga mereka yang ditemui oleh Tuan Nasir sebelum ini, terus menyayangi beliau dan menghadiahkan Tuan Nasir satu lukisan Masjid Nabi yang cantik. Tuan ladang sebelum ini pernah menghadiahkan Tuan Nasir sehelai kain, potongan dari kelambu makam Rasulullah SAW yang sangat berkat.

Gambar yang dihadiahkan oleh Abu Sultan

Sambil minum-minum di sebuah restoran masakan Tradisional Yaman, perbincangan terus diadakan mengenai cadangan pembelian atau sewaan ladang kurma yang sangat strategik di lokasi yang sangat berkat berdekatan kaki Gunung Uhud, gunung yang dijanjikan akan berada di syurga kelak. Kalau dikaji ideologi regim ini, kalau boleh tentu mereka ingin ratakan gunung ini sama paras dengan tanah tapi mereka tak mampu membuatnya lalu ditambah dengan sport light agar kelihatan cantik. Supaya dapat nama seperti membela Islam.

Walhal, kerosakan yang mereka bawa dengan mengadakan pusat hiburan di Riyadh dan ditayangkan iklannya di simpang-simpang jalan di bandar suci umat Islam, Mekah dan Madinah sudah cukup menghina kesucian agama ini. Lebih-lebih lagi Saudi yang terus terang menyokong China dalam isu kezaliman terhadap bangsa Uighur Muslim.

Mendetailkan cadangan perancangan pembangunan ladang

Melihat gambar ladang dari udara

Pun begitu, ramai lagi rakyat Saudi yang mencintai Rasulullah SAW dan mudah berkawan dan sudi bekerjasama dengan GISBH dengan ikatan sama-sama mencintai Nabi Muhammad SAW.

Syeikh Sulaiman bersalaman sebelum berpisah

Hanya kerana berbincang mengenai ladang kurma, telah dapat menjalin hubungan mesra malah saling memberi hadiah. Ada yang dapat gambar berframe, ada yang bawa balik minyak wangi. Di kalangan yang hadir juga ada keturunan Nabi Muhammad SAW dari belahan Saiyidina Hasan RA. Pertemuan santai, indah cukup mesra dan menambah ukhuwah dan kasih sayang. Mereka sendiri berkata; “Syeikh Nasir umpama ayah kami di sini.” Malah anjang lihat sendiri, lelaki yang dari jalur Saiyidina Hasan itu bersalaman dengan Tuan Nasir sambil mencium tangan Tuan Nasir.

Roti Arab cicah organ dalaman cincang goreng kering, sup kosong dengan Syaie ‘Aden sudah lebih dari cukup untuk sesi ramah mesra di malam hari dengan penduduk Madinah. Moga akan berlaku lagi pertemuan-pertemuan mesra umpama ini akan datang agar bertambah kenalan GISBH di bandar Rasulullah SAW yang sangat berkat ini.

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2019/12/img_6915.mov

Villa GISBH Madinah

8.26am, Dis 22, 2019

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2019/12/img_6940.mov

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *