AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Mi Goreng Mamak di Tashkent

Kongsikan kepada yang lain
Share
Di hadapan villa sebelum bergerak

Salam ceria.

AM otw ke Mekah. Naik GMC Black ni. Kiyai Pilot. Ada Rafiq, Urwah dan Anas serta muslimah. Moga-moga jadi mukminah lepas ni supaya perjalanan tepat ikut waktu. Walaupun terlewat sikit keluar, kami tetap menuju Masjid Nabawi dahulu untuk Wada’ baginda. Entah bila akan ke sini kembali walaupun AM ada visa 90 hari dalam setahun.

Dalam perjalanan belum jauh meninggalkan Madinah

Visa pelancong ni bagus. Anjang dah masuk 2 kali dengan visa ni. Jadi 90 hari tu dah kena tolak sepanjang Anjang di sini. Cuma visa pelancong ni tak cover perkhidmatan kesihatan percuma kalau jatuh sakit tak seperti visa Umrah.

Wahai jasad di bawah kubah hijau, rohmu membantu setiap perindu yang berselawat dan memanggilmu penuh rindu. Lalu kau aminkan doa mereka. Allah tidak menolak permintaan kekasihNya. Kalau bukan di dunia, sudah pasti di akhirat sana.

Setelah memberi salam kepada penduduk Baqi’ dari kalangan sahabat Rasul dan lainnya serta hadiahkan bacaan Al Fatihah, begitu juga kami lakukan kepada baginda dari kenderaan ini dengan mata melihat kubah hijau serta lambaian kedua tangan, GMC mula melarikan kami di jalan-jalan Madinah menuju lebuh raya menghala ke kampung Rasulullah, Mekah Al Mukarramah. Moga selawat kami bersambut. Moga roh perjuangan baginda memasuki setiap urat nadi dan darah kami untuk kami terus mengusahakan takwa dan berjuang membangunkan syiar Allah.

Kiyai bertanya AM, adakah telah menziarahi Madain Soleh, AM jawab belum. Ya, Allah belum izinkan. Moga anjang kembali ke Madinah dan dapat menziarahinya.

Selepas menikmati bekalan nasi tanpa kanji, hati ayam masak kicap dan taugeh goreng kami singgah di sebuah R&R. Kawan-kawan belanja Syaie Karak yang macam teh tarik tapi berasa rempah cengkih. Kusyairi, Isnil dan Dad kongsi link vlog abang semalam. Dia dah pegi Restoran Nur Malaysia Tashkent. Mohon izin AM nak kongsikan di sini:

MEE GORENG MAMAK!#NurMalaysia

Korang tonton sendiri la ya. AM nak ke Mekah, nak jumpa Dr Hisham, pakar jantung di Hospital An Nur tak jauh dari Jabal As Thaur. Dia simpati kuat GISBH di sini.

Otw Mekah

11.03am, Dis 23, 2019

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *