Lawatan AlFajr Travels ke Bandar Islam Pertama di Malaysia

Kongsikan kepada yang lain
Share
Mutawwif dan mutawwifah AlFajr Travels seramai 44 orang dari seluruh Johor diketuai Hj Kamar bin Mad Sah melawat PPI BCH

Salam ceria.

Semasa menerima salinan surat permohonan lawatan ke Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes Rawang dari sebuah Syarikat Travel Agent yang telah lama berurusan dan bekerjasama dengan GISBH, anjang tertarik pada sepotong ayatnya iaitu:

Saya mewakili ahli rombongan Alfajr Travel & Tours Sdn. Bhd (Caw. Batu Pahat) memohon mengadakan lawatan sambil belajar mengenai konsep Bandar Islam pertama di Malaysia

Ramai orang perseorangan, berkeluarga, team syarikat dan rombongan dari pelbagai persatuan dari dalam dan luar negara samada Eropah, China, Timur Temgah, Australia juga dari negara jiran kita seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei dan Singapore yang datang melawat ke BCH tapi inilah kali pertama anjang terbaca bertulis secara rasmi hendak melawat sambil belajar mengenai Konsep Bandar Islam Pertama di Malaysia.

Tak pernah pula pihak GISBH mengatakan inilah Bandar Islam Pertama di Malaysia sebab Islam mengajar kita berbuat yang terbaik kerana kita adalah hamba Allah yang berjawatan khalifah. Wajib kita laksanakan cara hidup Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat kita kerana itulah tugas hamba. Melaksanakan seluruh perintah Allah samada wajib atau sunat serta meninggalkan laranganNya samada haram atau makruh dan berusaha menjadikan seluruh yang harus sebagai ibadah.

Moga segala perkara baik yang diperkatakan oleh Para pengunjung menjadi doa kepada kami semua untuk terus berusaha menjadi orang yang bertakwa dalam memperjuangkan Islam Sebagai Cara Hidup kerana hanya dari hati yang bertakwa akan lahir syiar Islam yang akan dirasai oleh semua pihak.

Firman Allah:

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى ٱلْقُلُوبِ

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

Villa GISBH Mekah

11.02am, Dis 29, 2019

Klik gambar untuk video

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: