AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Syeikh Hisham Kabbani: Pertemuan Indah di Madinatur Rasul

Kongsikan kepada yang lain
Share

Syeikh Hisham Kabbani ialah Khalifah Tariqat Naqsyabandi selepas Syeikh Nazim Haqqani meninggal dunia. Beliau berasal dari Lubnan dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat atas arahan Syeikhnya, Syeikh Nazim Haqqani. Beliau juga merupakan menantu kepada Syeikh Nazim kerana beristerikan anak perempuan sulung Syeikh Nazim, Hajjah Naziha Adil yang juga seorang penulis.

Ketika memberi penerangan mengenai pameran yang ada di Muzium Dar Al Madinah Syeikh Sulaiman terasa kelainan pada tetamu yang datang khas kepada Ketua mereka. Syeikh Sulaiman mendatangi seorang yang berumur, berserban jubah, berkerusi roda tetapi mempunyai wajah yang bercahaya lalu duduk berlutut bersalaman dan mencium tangannya. Syeikh Sulaiman tidak mengetahui orang itu ialah Syeikh Hisham Kabbani.

Ketika memberi penerangan mengenai sejarah Rasulullah SAW, Syeikh Hisham Kabbani memberi ulasan mengatakan penerangan dari Syeikh Sulaiman ini ada terdapat dalam sebuah buku selain-sekian. Syeikh Sulaiman menyatakan dia mendapat hadiah buku itu dari seorang kawannya. Syeikh Hisham mengatakan penulis buku ini ada bersama kita lalu mengatakan, dia adalah isterinya sendiri. Itulah bermula perkenalan yang berterusan dengan perbualan hampir 3 jam.

Malam itu Syeikh Hisham Kabbani mengajak Syeikh Sulaiman pergi ke Raudhah walaupun asalnya sedang menuju ke mazraah untuk bermaulid. Dari Hotel Intercontinental Syeikh Sulaiman, Wakil GISBH dan rombongan Syeikh Hisham Kabbani berjalan bersama-sama menuju Raudhah Masjid Nabawi.

Dalam perjalanan ke Raudhah ramai orang yang kenal Syeikh Hisham akan datang bersalam malah perempuan pun ada yang hendak bersalam tetapi Syeikh Hisham tidak bersalaman dengan mereka (perempuan)

Sampai di Raudhah Syeikh Sulaiman mengambil alih berkhidmat menolak wheelchair Syeikh Hisham masuk ke ruangan Raudhah. Selepas selesai solat sunat dan berdoa, lalu di hadapan maqam baginda Rasulullah SAW dan ke dataran depan kubah hijau.

Di sana baca maulid dengan suara perlahan dan ramai orang datang bersalaman, bila polis lihat dah ramai berkumpul polis minta bersurai lalu Syeikh Sulaiman terus tolak wheelchair ke hotel.

Dalam perjalanan Wakil GISBH ada berbual dengan team Syeikh Hisham, Mr Muhammad, dia dari Manchester. Bila Wakil GISBH menceritakan tentang restoran Nur Malaysia Manchester dia mengatakan dia tahu dan akan nur malaysia manchester. Dia tahu dan dia akan pergi nanti malah dia sempat ambik gambar selfie nak tunjukkan pada kawan-kawan GISBH di sana.

Di hotel, semua naik ke tingkat 13 bilik suite dengan tamu yang luas dan majlis bermula dengan nasyid tholaal dan nasyid2 lain, selepas nasyid mereka jemput Syeikh Hisham berucap. Beliau mula bercakap tentang Rasullullah tentang Madinah. Antara ucapannya ialah;

“Madinah adalah pusat, Mekah pula anak kuncinya.”

*Setiap orang tak akan sampai pada Allah kalau tak melalui Rasullullah.”

Malah Syeikh Hisham isytiharkan “Hari ini kita bersama Syeikh Sulaiman, dia seorang Siddiqin, seorang yang sangat membela Rasullullah. Ketika itu Syeikh Sulaiman tunduk dan menangis serta badannya kelihatan menggigil.

Untuk pengetahuan pembaca, ayah Syeikh Sulaiman telah menyerahkan Syeikh Sulaiman untuk menjadi anak angkat kepada YBhg Tuan Nasiruddin Muhammad Ali. Anjang sangat perhatikan, banyak perkara yang hendak dilakukannya, beliau rujuk dahulu kepada ayahnya, Tuan Nasir.

Selepas itu Syeikh Sulaiman memohon izin (menjemput) Syeikh Hisham Kabbani ke rumahnya pada hari Jumaat ini. Syeikh Hisham bertanya adakah rumah Syeikh Sulaiman tinggi? Beliau beritahu rumahnya tingkat G lalu Syeikh Hisham bersetuju.

Syeikh Sulaiman juga menjemput Syeikh Hisham ke malaysia atas jemputan GISBH, lalu memang gol Wakil GISBH duduk depan. Wakil GISBH menunjukkan gambar Ustaz Ashaari, Datuk Mohd Rasidi, Tuan Nasiruddin dan Dato’ Lokman juga gambar Tuan Nasir seorang. Syeikh Hisham berkata, Syeikh kamu ni saya kenal dan cakap pada dia nama saya, dia kenal saya.

InsyaAllah akan ada pertemuan lain yang lebih mesra dengan para pimpinan GISBH di Malaysia.

Moga di tahun 2020 ini Allah satukan hati-hati pencinta Rasulullah SAW untuk membina kekuatan baru agar masyarakat bertakwa kembali menaungi dunia yang sudah sangat rosak ini.

Aamiin ya Allah.

Video bersama Syeikh Hisham Kabbani

Villa GISBH Amman

11.11pm, Dis 30, 2019

  • https://www anjangmuor com/2019/12/31/syeikh-hisham-kabbani-pertemuan-indah-di-madinatur-rasul/ (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *