AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Lawatan Penolong Pengarah Kanan JAKIM ke PPI BCH

Kongsikan kepada yang lain
Share
Ustaz Hj Mohd Yusof bin Musa Al Hafiz Penolong Pengarah Kanan JAKIM (Bah Dakwah)

1. Pada hari Sabtu 27hb Disember 2019, jam 11.00 pagi, PPIBCH telah didatangi Ust Mohd Yusof dan isterinya serta 3 orang anak. Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan rawatan gigi di Pusat Perkhidmatan Ikhwan, tarikh yang telah ditetapkan temujanjinya oleh Puan Dr Azlina Jamaludin.

2. Memasuki sahaja kawasan PPI-BCH, beliau yang kali pertama sampai, rasa terkejut kerana semuanya (hampir semua) adalah premis Ikhwan, sehingga beliau terpaksa pusing beberapa kali utk mencari klinik Ikhwan.

3. Pada asalnya beliau datang hanya untuk buat rawatan gigi untuk isteri sahaja tetapi kerana tertarik dengan taklimat yang diberikan mengenai perkhidmatan di Pusat Perubatan Ikhwan BCH, beliau pun nak sekali buat rawatan giginya.

4. Sementara menunggu rawatan gigi isterinya selesai, beliau sempat juga mendapatkan pemeriksaan rawatan altenatif dari Tabib Rashid bagi mengesan penyakit dan gangguan kesakitan yang dialaminya.

5. Selepas menjamu selera di GH Conner, beliau dibawa solat zohor di Musolla Ikhwan. Beliau rasa kagum dengan kebersihan surau yang ber-aircond sentiasa dan bilik air yang bersih serta ada kolah utk berwuduk. Komennya “Patutnya di Masjid Putrajaya kena buat macam ni (merujuk kolah untuk berwuduk) supaya jika air paip ada gangguan, tidak terputus bekalan air. Sambil beliau ambil gambar surat kebenaran JAIS dan Pengesahan arah kiblat oleh Jabatan Mufti Selangor yang digantung difrem di Surau Ikhwan.

6. Seterusnya beliau dibawa melawat ke Media Ikhwan utk tayangan profile GISBH -PPIBCH, GIIBF & filem pendek ‘Kaya Hati’.

7. Ust Yusof yang pernah menjadi Imam Besar Masjid Al Azim, Melaka dan Imam Besar di Masjid Putra, Putrajaya dan sekarang sebagai Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, amatlah kagum dan terkejut dgn perkembangan GISBH dan akan bawa ramai lagi kawan-kawannya di JAKIM untuk berkunjung ke PPIBCH untuk mengenali lebih dekat tentang aktiviti GISBH.

8. Beliau yang bertugas dibahagian Dakwah sangat berminat mengenai filem-filem pendek dan media Ikhwan untuk medium dakwah kepada para remaja dan masyarakat. Sebenarnya Bah Dakwah JAKIM boleh bekerjasama dengan GISBH kerana GISBH ada team RPU (Remaja Pemela Ummah) untuk sama-sama digerakkan menjalankan dakwah dan khidmat masyarakat.

9. Sebelum pulang beliau menyatakan untuk datang lagi sebab banyak tempat yang belum dilawati termasuk pasaraya Sg Buloh memandangkan beliau ada jadual berceramah di Cheras selepas maghrib.

Tetamu datang membawa Rahmat dan pulangnya menghapuskan dosa tuan rumah. Moga dosa-dosa kami diampunkanNya.

Klik untuk video Ulasan beliau

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *