Di Ambang Perang Teluk ke 3?

Kongsikan kepada yang lain
Share
Sila klik gambar

Konflik Iran Iraq 2020?

Rentetan dari rusuhan di hadapan Kompleks kedutaan US di Iraq minggu lepas dan beberapa serangan penganas ke atas anggota tentera US dan Kontraktor di Iraq.

Satu serangan udara dipercayai oleh UAV Drone Predator telah dilancarkan oleh USAF ke atas kedudukan Perancang Utama Iran General Soleimani.

Konvoi general tersebut telah diserang dengan misil AGM USAF dipercayai AGM 114 (HellFire Missile) sejurus konvoi tersebut berada berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad.

Serangan tersebut mengorbankan beliau bersama pemimpin pemberontak yang disokong iran pada Hashd Al Shaabi.

Serangan ini tampak nya disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Iraq yang dilihat semakin dihimpit dengan pengaruh Iran. Masakan pesawat US boleh berada di Ruang udara Iraq melakukan perisikan dan melancarkan serangan ke atas konvoi terbabit.

Siapa General Soleimani ini?

Dia adalah perancang utama setiap konflik timur tengah yang mana Iran akan terlibat.

Beliau adalah Mejar General Kor Pengawal Revolusi Islam dan beliau seperti yang didakwa oleh perisikan barat adalah perancang setiap konflik yang berlaku di Syria, Iraq dan Yaman ketika ini.

Beliau juga adalah komander bersekutu tentera Iraq dan Pejuang Syiah ketika konflik ISIS dari 2014 ke 2017

Beliau juga bertanggungjawab memperkasakan pejuang hezbollah di Selatan Lebonan dengan membekal segala peralatan senjata berat kepada Hezbollah

General Soleimani bertanggungjawab menyusun dan mengelola Angkatan Tentera Syria bersama Russia dan ia membuahkan hasil kerana sehingga ke hari ini Tentera Syria telah menguasi hampir 60 peratus negara syria dari ISIS dan FSA.

Serangan Udara ini diarahkan oleh Donald Trump sendiri dan memperlihatkan kejayaan signifikan kepada US dan sekutu di Timur tengah. Serangan Konvoi General Soleimani disusuli selepas 5 serangan udara dari barisan USAF F15 ke atas kedudukan pejuang shia di Iraq dan Syria.

Arab Saudi dan Negara teluk lain menyokong penuh serangan tersebut.

Turki masih mengambil pendirian mendiamkan diri.

Konflik yang berlaku ketika ini akan memungkian berlaku perlakaran baru perang US ke atas Iran sejak mereka bercakaran sejak era 80 an lagi.

US bersama sekutu nya yang lain telah menarik diri dari rundingan Nuklear Iran pada tahun lepas dan ia sekali gus akan menyebabkan konflik antara Iran akan memuncak dalam masa terdekat.

Event utama setiap dekad:

1980 Perang Iran-Iraq

1990 Perang Teluk

2001 War On Terrorism

2011 Arab Spring

2020/2021 Get Ready

Kredit @Hfnz9

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *