Mengenali Sulaiman saudara baru kita dari Yakutsk, Rusia.

Kongsikan kepada yang lain
Share
Semen Afanasev berumur 25 tahun. Berasal dari Yakutsk, Rusia. Beliau merupakan seorang Geologist juga Traveller Backpacker ke banyak negara untuk mencari Agama. Kepercayaan sebelum ini ialah Paganism.
Yakutsk adalah bandar pelabuhan Rusia di Sungai Lena, timur Siberia. Ia adalah kota Republik Sakha, Rusia, yang terletak kira-kira 450 kilometer (280 mi) di selatan Bulatan Artik.
Purata suhu bulanan di Yakutsk sekitar dari +19.5 ° C (67.1 ° F) pada bulan Julai hingga -38.6 ° C (-37.5 ° F) pada bulan Januari. Suhu paling rendah yang pernah tercatat ialah -64.4°C sedangkan suhu paling tinggi yang pernah direkodkan ialah +38.3°C.
Bertemu Ybhg Tuan Mohd Azral di KLIA sblum Ybhg Tuan Mohd Azral terbang ke Rusia ketika Halal Fair Rusia tempoh hari.
Ybhg Tuan Mohd Azral mngajaknya ke Sabah.
Tertarik dgn Keperibadian Ybhg Tuan Mohd Azral, walau bertemu hanya sekejap beliau merasakan selamat untuk datang ke Sabah atas pelawaan Ybhg Tuan Mohd Azral.
Pada awal kedatangan, beliau masih belum mengenali apa itu Tuhan, tapi dapat merasakan adanya Tuhan.
Keluarga dan kawan-kawannya tidak berminat dan takut pada Islam kerana di tempat mereka dan bangsa mereka tidak pernah ada yang beragama Islam.
Beliau banyak berkongsi gambar-gambar kehidupan Islam GISBH pada kawan-kawannya dan kawan-kawannya teruja akan cerita tentang Islam yang beliau temui dalam GISBH.
Datang kali kedua ke Sabah, pada awal Disember 2019 kerana setelah pulang ke negara asal, beliau tidak jumpa atau merasakan tenang seperti di dalam GISBH.
Dengan keislamannya, beliau adalah orang pertama berbangsa Yakutsk atau bangsa Sakha yang memeluk Agama Islam
Moga GISBH dan para pemimpinnya terus berperanan mengenalkan manusia kepada Tuhan melalui akhlak mulia dan sistem hidup yang menjadi syiar Islam.
Akhlak yang mulia menjadi magnet untuk menarik manusia kepada agama yang benarZ
Moga Sulaiman menjadi duta Islam dan Muslimin ke negaranya.
Kasih sayang umpama siraman baja kepada roh manusia.
Marilah perjuangkan cara hidup Islam yang syumul agar semua manusia tertarik kepada Islam.
Tiada yang membezakan di antara manusia di sisi Allah melainkan dengan takwa.
Terima kasih pada Amir Azlan yang kongsikan gambar dan maklumat.
Lebih-lebih lagi terima kasih yang sebanyak-banyaknya kepada Tuan Dr Azral atas usaha yang mulia ini dan untuk En Amran, jangan lupa bilis Sabah! Sekalikan dengan sotong kering dan ikan kering kipas la… alang-alang. Hehehe

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: