Dr Bashir Tunisia bertemu Dato’ Lokman Hakim Pfordten

Kongsikan kepada yang lain
Share
YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH bersama Dr Bashir
Doktor Bashir berketurunan Arab Tunisia pertama kali bertemu YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten sewaktu delegasi Islamic channel yang terlibat dengan KL SUMMIT 2019 datang ke Restoran Ikhwan Bukit Bintang pada 20hb Disember 2019. Beliaulah yg mengalirkan air mata tatkala di tayangkan Profile GISBH kerana terharu adanya masyarakat Islam contoh di akhir zaman.
Sejak dari saat itu hatinya sangat tertarik kepada GISBH juga kepada kepimpinan GISBH khususnya YH Dato Lokman Hakim sendiri.
Semenjak pertemuan kali pertama itu membawa hingga Dr Bashir datang melawat pula ke PPI bandar Country Homes, hatinya semakin kuat mencintai cara hidup Islam apabila melihat sendiri PPIBCH.
Pada 11hb Januari 2020, Dr Bashir sekali lagi datang ke Restoran Ikhwan Bukit Bintang (RIBB) untuk bertemu wakil GISBH (YH Dato Lokman Hakim) kerana baginya GISBH sangat memberi kekuatan kepadanya.

Pertemuan bersama YH Dato Lokman Hakim petang itu baginya sangat bermakna, walaupun hanya pertemuan minum petang. Apa yang penting bagi Dr Bashir dan isteri ialah setiap yang keluar dari mulut YH Dato’ CEO berkenaan bagaimana untuk baiki diri, baiki keluarga yang mesti bermula dari memperbaiki sembahyang, juga bagaimana pentingnya memperbaiki sistem pendidikan.

Dr Bashir dan isteri akui umat Islam secara keseluruhannya sudah hilang arah dan punca untuk menyelesaikan masalah kerana itu berlaku pelbagai masalah yang kronik dalam masyarakat umat Islam sendiri khususnya bila sistem pendidikan yang sepatutnya bermula dari mengenal Allah tidak dipraktikkan.

Dr Bashir juga mengambil kesempatan untuk mengehubungi anaknya yg berada di Oman untuk bercakap melalui telefon bimbit dengan YH Dato Lokman Hakim.

Di akhir perbualan YH Dato Lokman telah memaklumkan bahawa GISBH insyaAllah akan terlibat dengan satu festival Nasyid di Maghribi lantas Dr Bashir mempelawa untuk datang juga ke Tunisia yang mana beliau boleh menghubungkan team GISBH dengan Kementerian Kebudayaan Tunisia.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam. YH Dato Lokman Hakim pula terpaksa beredar terlebih dahulu kerana perlu memenuhi satu lagi jemputan.

SEDUTAN VIDEO PERTEMUAN CEO DENGAN DR BASHIR.

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: