PENGALAMAN MEJAR DR SUWAIBAH dengan IKHWAN (GISBH)

Kongsikan kepada yang lain
Share
Sila klik gambar untuk video

1. Mejar Dr Suwaibah seorang bekas tentera dan pemegang rekod pelari solo wanita Malaysia.

2. Asalnya beliau tidak bertudung dan berkenalan dengan GISBH pun asalnya untuk mendapatkan tajaan bagi lariannya. YH Dato Lokman Hakim berusaha untuk tarik beliau kepada pengamalan Islam malah Dato Lokman telah menempah satu sut baju yang sesuai untuk pelari muslimah.

3. Beliau pernah sampai beberapa kali ke tempat-tempat GISBH sepeti di Bangkok,Dubai, Bogor dll.

4. Maha Besar Allah dengan keberkatan doa para pimpinan GISBH, hatinya telah berubah dan kini beliau sudah bertudung dan berjubah.

5. Beliau sangat mempromosikan GISBH sebagai sebuah badan dakwah yang telah merubah hidupnya tanpa paksaan.

6. Mejar Dr Suwaibah mempunyai kenalan VVIP dari dalam dan luar negara. Sekarang Beliau sedang bersama delegasi dari Nigeria iaitu Rombongan Mr Aliyu seorang korporat dan seorng yang ada jawatan di dalam Kementerian Komunikasi Nigeria.

7. Video ini di rakamkan di Pusat Latihan Cara Hidup Islam( PLCHI ) Puchong.

Mr Aliyu bersama Presiden dan Perdana Menteri Nigeria

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *