AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Majlis pembukaan ibu pejabat APM di Sg Merab Kajang

Kongsikan kepada yang lain
Share

Alhamdulillah dengan izin Allah YH Dato Lokman Hakim CEO telah di jemput ke majlis pembukaan ibu pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Sungai Merab Kajang.

GISBH di beri kepercayaan sekali lagi melalui bahagian katering apabila pihak APM telah menempah menu sate sebanyak 5 ribu cucuk ( 2 ribu sate daging dan 3 ribu sate ayam) dan GISBH di berikan khemah paling utama untuk menyediakan hidangan.

Majlis yang bermula dari jam 12.00 tengahari itu di hadiri oleh Dato Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Dato Roslan, TKSU JPM, TKP APM dan lain-lain.

Kehadiran YH Dato Lokman Hakim bersama tetamu dari Algeria Saudara Hatem Zekri sangat membuka mata semua yang hadir, lebih-lebih lagi bila ramai yang mengetahui bahawa saudara Hatim mengenali ALP GISBH melalui kembara ALP GISBH ke Algeria baru-baru ini.

Antara pegawai APM yang rapat dengan GISBH adalah Lt. Kol. Tuan Lokman Hakim Abd Rahman yang mana beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di University Malaya meluahkan hasratnya untuk membuat tesis berkenaan GISBH dan RPU kerana baginya perlu untuk semua tahu ada satu badan yang tidak hanya bercakap tetapi terus membuat pembuktian dan perlaksanaan.

Mudah-mudahan Allah berkati seluruh usaha-usaha untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup di dalam GISBH agar manusia dapat merasakan keindahan hidup bersyariat.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *