HIKMAH MEMAKAI SONGKOK IKHWAN & FLIGHT DELAY

Kongsikan kepada yang lain
Share

Syeikh Dr Adil dan Ustaz Fathi sepatutnya telah terbang ke Malaysia semalam tetapi flight mereka rosak dan penerbangan delay tanpa dapat dipastikan bila terbang. Pihak syarikat penerbangan menyediakan hotel untuk mereka. Alhamdulillah dalam ujian ada rahmat. Tanpa disangka-sangka, ada seseorang yang mengenali Syeikh Adil melalui songkok Ikhwan yang beliau pakai.

Dr Bashir dan isteri transit di AirPort Amman dalam penerbangan ke Tunisia. Apabila melihat seseorang yang memakai songkok Ikhwan, beliau menegurnya,

“Kamu dari GISBH?”

“Ya.” kata Syh Adil.

Maka berlakulah taaruf dan kasih sayang hanya bermula dari logo ‘Capal Rasulullah’ di Songkok Ikhwan. Dr Bashir menceritakan pada Syh Adil pertemuannya dgn Dato’ Lokman, Tuan Jo dan lain-lain serta pengalamannya di Malaysia sebelum meneruskan permusafirannya ke Tunisia.

Ustaz Fathi yang dalam rangka memperkenalkan kaedah belajar Bahasa Arab dalam masa yang cepat mengulas dengan membaca ayat Al Quran,

وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu

AlBaqarah: 216

Villa GISBH Amman

8.38AM, Jan 22, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *