MALAYSIA NEGARA ISLAM CONTOH

Kongsikan kepada yang lain
Share

Tetamu Arab dan Malaysia bersama YH Dato Lokman Hakim di Ikhwan Delights Putrajaya

Alhamdulillah satu pertemuan penuh berkat telah berlaku Ikhwan Delights Putrajaya di antara CEO GISBH Sdn Bhd, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dengan;

1. Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj Abd Majid, Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN).

2. Prof. Dr Mohd Hisham Sultan – At-Tamimi, Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Negara-negara Syam.

3. Sheikh Abdullah Syain, Tokoh Korporat dari Saudi.

Perbincangan banyak berkisar berkenaan pendidikan yang sudah tidak boleh dibanggakan lagi di seluruh dunia malah sudah menemui jalan buntu.

Dr Hisham Sultan dan Sheikh Abdullah Shain mengatakan Malaysia termasuk dalam 7 buah negara Islam yang boleh di jadikan contoh. Negara lain seperti Jepun dan Eropah tidak boleh dijadikan contoh kerana bukan negara Islam.

Dr Hisham dan Sheikh Abdullah sangat mempromosikan GISBH kepada Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi kerana mereka telah melihat sendiri bagaimana pendidikan yang dilagangkan oleh GISBH, malah Sheikh Abdullah Shain mengatakan bahawa tatkala dia pergi melawat sekolah-sekolah GISBH air matanya mengalir bila melihat anak-anak dari kecil lagi sudah terdidik untuk menghidupkan cara hidup Islam malah di umur kecil lagi sudah pun bersembahyang tahajud.

Oleh kerana perbezaan umur antara Prof Emeritus Dato Dr. Mahmood Zuhdi dan Dr Hisham Sultan At-Tamimi hanya 2 tahun sahaja malah mereka pernah belajar di tempat yang sama iaitu di Mesir, menjadikan perbualan di antara mereka di dalam bahasa Arab sangat mesra dan meriah.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi, Pengerusi Majlis Dakwah Negara sangat teruja bila mendengar malah dapat merasakan betapa besarnya peranan GISBH apabila dua orang dari bangsa Arab dari kalangan profesional yang bukan dari kalangan GISBH sangat memuji GISBH. Beliau sangat bersetuju bila Dr Hisham mengatakan bahawa dengan berkat GISBH mereka dapat bertemu.

Prof. Emeritus Dato Dr. Mahmood Zuhdi datang dengan hasrat untuk berbincang bersama GISBH untuk mendapatkan khidmat membina satu laman web berkenaan program ‘Memperkasakan Tulisan Jawi’ di bawah MDN. Prof semakin teruja apabila dapat melihat bagaimana cara GISBH bekerja bukan dengan hanya kerta kerja dan perbincangan panjang, tapi terus perlaksanaan apabila YH Dato’ Lokman Hakim mengajak sama En Rahman Sony dan En Rahman Hasbullah untuk terus bertindak membuat laman web berkenaan dan pihak ITV pula terus menemu ramah Prof untuk di masukkan ke dalam video di laman web tersebut.

Pada 23hb Mac ini akan di adakan satu pertemuan berkenaan pendidikan yang melibatkan beberapa buah negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Di pertemun itu nanti Sheikh Abdullah Shain akan terlibat sama dan beliau ingin mengenengahkan sistem pendidikan yang di lagangkan oleh GISBH kini kerana baginya tiada kaedah pendidikan terbaik melainkan pada GISBH.

Majlis diakhiri dengan penyampaian Akhir majlis cenderahati dan sesi bergambar. Moga Allah menangkan Islam yang diperjuangkan sebagai cara hidup agar syiarnya menarik semua orang untuk kembali kepada Allah dan rasul-Nya.

  • Sheikh Abdullah Ariffin gisbh (1)

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “MALAYSIA NEGARA ISLAM CONTOH

  • February 7, 2020 at 10:23 pm
    Permalink

    syukran Tuan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: