Pesilat Negara di Restoran Nur Malaysia Tashkent

Kongsikan kepada yang lain
Share

Alhmdulillah Seramai 40 orang tetamu dari Malaysia terdiri daripada pesilat Negara dan pesilat negeri Pahang telah sampai ke restoran Nur Malaysia Tashkent dengan diketuai oleh Datuk Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din selaku Setiausaha Agung PESAKA.

Mereka adalah pesilat Negara yang bakal bertanding di International Championship Pencak Silat Sultan Open 2020, Tashkent. Sukan Silat ini menjadi salah satu sebab perhubungan di antara Malaysia dan Uzbekistan.

Alhmdulillah respon mereka terhadap makanan yang dihidangkan sangat positif. Di antara menu yang di pesan:

1. Nasi putih

2. Ayam masak lemak Cili Api

3. Daging Masak Kicap

4. Bayam Goreng

5. Telur Dadar

6. Teh tarik

dan beberapa tambahan order.

Selesai menjamu selera, Datuk Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din selaku Setiausaha Agung PESAKA berkesempatan bertemu dan memberi amanat kepada pesilat Negara yang bakal bertanding di International Championship Pencak Silat Sultan Open 2020, Tashkent. Turut bersama ialah pasukan Silat Pahang.

Datuk Megat ialah kenalan rapat YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH dan mengenali GISB. Begitu juga pesilat dari negeri Pahang Juga ramai yang pernah makan di Restoran Ikhwan Temerloh.

Pihak Nur Malaysia Tashkent mengucapkan selamat maju jaya kepada team Pesilat Negara. Moga berjaya mengharumkan nama Negara dan lebih penting dari itu menjalin ukhuwah dan kasih sayang dengan umat Islam di Uzbekistan. Restoran Nur Malaysia Tashkent bersedia menyalurkan apa-apa khidmat yang diperlukan khasnya melibatkan katering dan makan minum. Moga Allah bantu GISBH untuk terus memberi khidmat kepada seluruh manusia khasnya Umat Islam dari Nusantara.

#NMTashkent

#BMF

#BuyIkhwanFirst

#SemarakkanBMF

#InternationalChampionshipPencak SilatSultanOpen2020Tashkent

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: