AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

KEMATIAN KE 35

Kongsikan kepada yang lain
Share

*Kuala

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 35 orang setakat ini.

Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

– KP KKM –

Salam Syaaban..

Wabak Covid-19 masih terus merebak dan menular. Bilangan yang dijangkiti menuju dari ratusan ribu orang menuju 1 juta. Angka kematian pula semakin meningkat. Susah nak percaya, kematian di AS sedang menuju 3000 orang. Lebih tak boleh bayangkan di Itali telah berlaku lebih 10 ribu kematian. Ini benar-benar seperti medan perang.

8 dari top ten negara yang dijangkiti virus membunuh terkini ialah AS dan negara-negara Eropah.

1. Adakah negara-negara ini tidak mempunyai fasiliti kesihatan dan perubatan yang moden?

2. Adakah negara-negara ini tidak mempunyai team perubatan yang berkesan?

3. Adakah penduduk negara-negara ini juga pengotor dan tidak menjaga kesihatan?

4. Adakah pemimpin negara-negara ini sangat lemah dalam merancang dan menguatkuasakan arahan dan larangan kepada rakyatnya?

5. Adakah rakyat negara-negara ini kurang kesedaran atau terlalu bebas hingga sangat payah untuk menerima arahan pihak pemerintah? (Degil)

Sebenarnya kita tidak tahu lagi apa akan berlaku selepas ini. Adakah wabak ini berjaya dikawal. Ikut logiknya, kalau negara yang kaya, moden dan maju malah sangat maju pun hampir lumpuh dengan serangan Covid-19 ini, betapa lagi negara-negara yang mundur dan miskin. Cuma data yang benar tidak sampai kepada kita atau memang disembunyikan contohnya di India. Ada satu video tentang ribuan orang yang terperangkap malah ada yang memang tiada rumah, nak stay at home macam mana? Di Malaysia pun ada. Akan ada yang mati kelaparan sebelum covid menyerang. Di Jerman ada seorang menteri yang mati bunuh diri kerana bimbang kesan covid-19. Sebelum covid menyerang dirinya, penyakit putus asa telah membunuhnya.

Kematian akan datang kepada kita. Itu pasti. Cuma bila, di mana dan bagaimana kematian kita, kita tak mengetahuinya.

Firman Allah,

وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌۢ بِأَىِّ أَرْضٍ تَمُوتُ

Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati

Lebih-lebih lagi di saat covid-19 menyerang. Terasa kematian boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sila klik di sini–>THIS IS FOR REAL

Semoga ketakutan ini membawa kita semakin dekat dengan Allah Taala dengan perbanyakkan taubat dan membaiki diri.

Sila klik di sini–> KEMBALILAH KEPADA TUHAN!

GISBH Krubong, Melaka

9.44AM, Mac 30, 2020

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *