SANA SINI COVID-19 29.03.2020

Kongsikan kepada yang lain
Share

Statistik COVID-19 Di seluruh dunia pada 28 Mac 2020.

Amerika Syarikat merupakan negara paling tinggi di dunia dengan jumlah 104,007 kes atau 17.4% dari jumlah keseluruhan kes di dunia . Bagi kadar kematian pula ialah 1.5% atau 1,581 kes.

Hampir kesemua negara di dunia iaitu 201 negara mempunyai kes positif COVID-19.

TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 29 Mac 2020.

Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital 6⃣8⃣ 🤡.

Paling tinggi setakat ini.

Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj 3⃣8⃣8⃣🥳

Terima kasih kepada semua. We ❤ you so much.

TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 29 Mac 2020.

Bilangan kes baru 152

Keseluruhan kes 2,470

Unit Rawatan Rapi 73 pesakit, termasuk 52 guna bantuan alat pernafasan.

TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 29 Mac 2020.

Dukacita dimaklumkan kes kematian bertambah sebanyak 7 kematian.

Ini menjadikan keseluruhan kematian setakat ini 34 orang.

Salam takziah dan moga keluarga pesakit tabah hadapi dugaan ini.

Kes kematian ke-28 (kes ke-2321), wanita tempatan

91 tahun. Beliau mempunyai

latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan

penyakit buah pinggang. Beliau dirawat PPUM pada 26 Mac 2020 dan meninggal dunia 28 Mac, jam 8.48am.

Kes kematian ke-29 (kes ke-2123) wanita tempatan 64thn.

Latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi.

Dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Ma, jam 10.15 malam.

Kes kematian ke ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki tempatan berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau dirawat di PPUM. Beliau

disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 11.33

malam.

Kes kematian ke ke-31 (kes ke-2323) merupakan lelaki

tempatan berumur 27 tahun.

Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Dirawat PPUM pada 27 Mac

2020 danmeninggal dunia pada 28 Mac 2020.

Kes kematian ke ke-32 (kes ke-1239) lelaki tempatan berumur 50 tahun.

Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

Beliau merupakan peserta perhimpunan Seri Petaling. Dirawat Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac dan meninggal 28 Mac jam 7.44pm.

Kes kematian ke ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki

warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai

sejarah perjalanan ke negara India. Beliau dirawat di Hospital

Permai, Johor pada 21 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 11.25 malam.

Kes kematian ke ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki

warganegara Malaysia berumur 77 tahun.

Beliau mempunyai

latar belakang penyakit darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital

Kulala Lumpur pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal 29 Mac jam 10.40am.

Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (29 Mac 2020)

1. 997 sekatan jalan raya dilakukan, lebih 300000 kenderaan telah diperiksa

2. 3223 premis diperiksa oleh PDRM dan sebahagiannya diarahkan untuk ditutup

3. 649 individu telah ditahan kerana ingkar PKP pada Sabtu

4. Bekalan makanan mencukupi, tidak perlu pembelian panik oleh rakyat

5. Banyak pasaraya telah mulai patuh mengenai penjarakan sosial dan mengehad bilangan pelanggan

6. Kerajaan ucap terima kasih kepada NGO kerana beri sumbangan

7. NGO tidak dibenarkan hantar bantuan terus kepada golongan sasar untuk lindungi anggotanya daripada risiko dijangkiti COVID-19

8. Sekatan ke luar negara masih kekal

9. Rakyat Malaysia yang mahu pulang perlu melalui proses saringan

10. SOP baharu fasa kedua PKP mungkin akan diumum esok

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *