Video dari Syeikh Sulaiman Madinah

Kongsikan kepada yang lain
Share
Menangis tengok video ni bila hayati bait-bait yang diungkap…

في زمنِ الجور حُلْمّ مبرور
يَتراءى طَيفهُ مِن حَولي ويَدور
يبعثُ أملا يَدنو وَجِلا
فالليلُ طغى وتَلاشى النور

Di kala kezaliman melata
Mimpi indah pun menjelma
Terlihat terbayang di mana²
Membangkitkan harapan di jiwa
Dalam menongkah kegelapan malam
Yang cahayanya telah sirna

يا رسولَ الله كَم أحلُم لَو أَني
أمشي بخُطاك وبِذا تَرضى عَني
أسْعى مَسعاك يَغدو همُّك هَمّي
وأكونُ فِدا دَربك هلّا تَقبَلُني

Wahai Rasulullah
Betapa aku sangat mengimpikan
Jika langkahmu dapat ku jejaki
Juga perjuanganmu jadi perjuanganku
Cita²mu jadi cita²ku
Agar kau redha padaku
Sanggup ku tebus sunnahmu dengan diriku
Sudikah kau menerima ku?

صَلى اللهُ وزادَ ثناه
عليكَ يا رسول الله
يا مَن بِهُداه أسرارُ حياة
اشفَع لنا يا حبيباً لله

Allah telah berselawat ke atasmu
Diganda²kan pujianNya terhadapmu
Ya Rasulallah
Yang petunjukmu membongkar rahsia kehidupan
Syafaatkan kami wahai kekasih Allah

خَجلٌ من نفسي هل أحظى بِوصال
أتَقربُ بكلامٍ لا بالأعمال
أنظرُ مِن حَولي من سَلكوا قَبلي
أبكي من شوقي ولبعدٍ طال

Aku malu pada diriku
Layakkah aku mendampingi mu
Sedangkan kasihku padamu sekadar bicara
Tanpa perlaksanaan sebagai buktinya
Dibanding dengan mereka yang terdahulu
Moga tangisan ku kerana rinduku
Serta jauhnya aku dari dirimu

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: