Pak Latip Kemalangan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Petang semalam Pak Latip kemalangan. Kereta rosak teruk. Alhamdulillah Pak Latip selamat. Syukur ya Allah…

Anjang ambil maklumat ini dari FB Pak Latip untuk kita sama-sama doakan beliau agar Pak Latip kekal sihat, dapat menikmati bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi. Bulan rahmat, berkat dan maghfirah. Bulan pahala berganda. Walaupun dalam suasana covid-19, suasana yang sangat berbeza sepanjang hidup anjang dan hidup Pak Latip yang lebih berusia. Moga Pak Latip terus berbakti menulis agar semua kita mendapat manfaat dari sentuhan beliau.

Ketika kita semua berkuarantin akibat Covid-19 ini, anjang menyeru pembaca AM Travelog untuk ramai-ramai membeli buku Pak Latip sebagai bahan bacaan di rumah. Dari tonton filem Finding Nemo entah bagai, atau sibuk dengan Tik Tok yang mengurangkan pahala atau membawa dosa atau sibuk mem’bawang’ sambil baca novel cinta, baik korang beli buku Pak Latip. Baca satu keluarga. Macam-macam tajuk ada. Semuanya membina fikiran dan jiwa.

Sila direct berhubung dengan Pak Latip:

http://www.paklatip.com/

AB bandar kuarantin

6.51am, Apr 21, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *