Sana-sini Covid-19. 02.05.2020

Ringkasan Kes COVID-19 pada 2 MEI 2020
Kes baharu dilaporkan: 105
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,176
Kes sembuh: 116
Jumlah keseluruhan kes sembuh: 4,326
Jumlah keseluruhan kes di ICU: 31 (Seramai 12 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)
Kematian: 0
Jumlah keseluruhan kematian: 103
Nasihat berkaitan COVID-19
– Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
– Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)
– CPRC KKM
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membolehkan operasi beberapa sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei.
9 SOP ini perlu dipatuhi semua pihak terlibat termasuk kita sebagai pengguna.
1. Amalan jarak sosial yg selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter;
2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau
menggunakan hand sanitiser;
3. Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask);
4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis;
5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU;
6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial;
8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online), dan
9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.
– CPRC KKM
TERKINI :
Pergerakan pulang mereka yang terkandas di Kampung akan dibenarkan bermula 7 Mei ini.
Polis @PDRMsia terima lebih 500 ribu permohonan.
Polis akan keluar jadual perjalanan pulang dari kampung ke bandar dan syarat serta SOP: Ismail Sabri-Menteri Kanan
Bagi kakitangan awam yang berada di kampung, tidak perlu tergesa gesa balik walaupun operasi pejabat awam bermula Isnin (4 Mei) . Boleh mula kerja 11 Mei 2020
Kerajaan minta syarikat swasta juga beri kebenaran untuk kakitangan terkandas di kampung untuk mula bekerja selepas jadual perjalanan pulang dibenarkan selepas 7 Mei.

Jumlah tangkapan ingkar #PKP sehingga kini 23,266 individu – @IsmailSabri60


Lembah Pantai dgn kes tertinggi melibatkan kes baru di kawasan-kawasan yg dikenakan PKPD.
Sumber:@KKMPutrajaya
Kawalan Pergerakan kini ditumpukan kepada lokaliti/ kawasan masih zon merah.
Bagi kawasan zon hijau mereka boleh bergerak seperti biasa dengan syarat dan SOP Ketat.
Namun penduduk zon hijau diingatkan PKP masih berkuatkuasa sehingga 12 Mei 2020: @IsmailSabri60
ISU PEMALSUAN KAD PENGENALAN



Turki dan Rusia kini termasuk antara 10 negara catat kes positif melebihi 100,000.
Virus ini menjangkiti seluruh pelusuk benua kecuali Antartika.
Alhamdulillah warga Air Bintan pun dah berpisah dengan gelang KKM petang ini.



Pengalaman baru Tuan…