Jubah Ikhwan design baru

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
YBhg Tuan Nik Hazani yang anjang kenal memang seorang yang berjiwa seni. Banyak seni yang beliau kuasai kerana mendalamnya rasa dan kuatnya keinginan. Dulu-dulu beliau aktif bersukan. Mahir main tenis meja. Bukan kaleng-kaleng ni. Rasanya tak ada pelajar Malaysia yang dapat kalahkan beliau semasa menuntut di Jordan. Beliau juga pandai main catur. Biasa lawan chess dengan Syeikh Abu Musab. Dulu-dulu la, masa Tuan Nik muda remaja dan Syeikh Abu Musab kami tak panggil Syeikh lagi.

Pastu Tuan Nik power gak dalam Seni mempertahankan diri. Anjang lupa apa nama silat beliau kuasai. Kalau tak silap, ‘Helang Merah’. Ada ke helang warna merah? Ni nama silat la. Dulu Rizal dan Reda ada belajar dengan Tuan Nik di rumah kami dekat Maktabah Funun di Dohiyatur Rashid belakang Jamiah Urduniah. Siap main kayu atau rotan panjang lagi. Cantik gerakan silat ni. Memang orang seni.

Sebelum terlupa, Tuan Nik pun seorang ahli seni suara. Beliau mampu melantunkan nasyid-nasyid Arab sambil bermain duff. Tak semua orang boleh lakukan. Lagu-lagu popular ketika tu, Hayyu Hadi bi Ajmali Zikro, Anta ya Rahman, Ya Man Satufariqu duniaka, Maulana maulana dll. Jadi bila ziarah je, kalau remaja muda belia macam Syidi dan Malik dah tak larat, Tuan Nik akan nasyid. Abu Musab lebih suka Tuan Nik bernasyid mungkin kerana dah lama kenal dan makhraj Arab Tuan Nik yang sangat fasih.

Tak sangka rupanya Tuan pun seni dalam mencipta design-design pakaian lelaki khasnya. Musim-musim Covid-19 ni GISBH tetap berniaga. Yang boleh direct dengan pelanggan, directlah Seperti Ikhwan Mart. Yang tak boleh, buat on line. Jadi, rupanya Butik Ikhwan di Mutiara Rini mendapat sentuhan seni Tuan Nik dalam merekabentuk jubah lelaki. Design terkini ni nampak sangat menarik kerana menggabungkan jubah berwarna polos dengan sedikit design bercorak dengan warna yang kontras di dada kanan seolah-olah ada selendang atau ridak di situ. Di samping jalur di kolar dan pergelangan tangan. Eeehh tak pandai anjang nak describe nya. Sebab anjang ni tak seni orangnya.

Eloklah korang hubungi sendiri butik Ikhwan di MR kalau nak tempah. Sambil tu dengar-dengarlah nasyid dari YBhg Tuan Nik Hazani

Ni Tuan Nik bernasyid semasa menziarahi Syeikh Sameer kenalan lama di Jordan

Juga mari kita layan nasyid-nasyid yang liriknya sentuhan Tuan Nik Hazani


Allah…. mendalamnya rasa.




Moga mendidik jiwa ini

GISBH Air Bintan
6.05 PM, Mei 3, 2020

P/s Tuan Nik juga mahir silap mata, memasak dan breakdance. Lain kali kita cerita. Hehehe.

  • Ikhwan tu (1)

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: