Staf Sarjan hilang 4 jari angkara mercun bola

Kongsikan kepada yang lain
Share

KLUANG: Seorang anggota tentera berpangkat Staf Sarjan hilang empat jari kanannya akibat terkena letupan mercun bola dalam kejadian di Kampung Muhibbah di Paloh dekat sini, kira-kira jam 10.05 malam Sabtu lalu.

Mangsa berusia 40 tahun itu, terkena letupan itu di bahagian pergelangan tangan dipercayai ketika bermain mercun.

Katanya, akibat kejadian itu, mangsa kehilangan jari telunjuk, hantu, manis dan kelingking serta dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar dengan menemui mangsa di HSNI dan keluarganya di Paloh.

Kredit: BHOnline

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: