Sekitar Rusuhan di AS

Kongsikan kepada yang lain
Share


Kubu bawah tanah itu dipercayai direka khas bagi kegunaan untuk kejadian kecemasan seperti serangan pengganas. – Foto Reuters

Ketika Rumah Putih diserang! Trump pula menyorok dalam ‘kubu bawah tanah’

WASHINGTON: Memasuki hari keenam demonstrasi akibat perbezaan politik dan sentimen warna kulit di Amerika Syarikat (AS), Rumah Putih pula turut diserang.

Ketika berlaku pergelutan antara rakyat dan polis yang mula membaling batu ke arah bangunan pentadbiran eksekutif itu, Presidennya, Donald Trump pula dilaporkan ‘menyorok’ di dalam sebuah ‘kubu bawah tanah’ di bangunan itu.

Trump pada malam Jumaat lalu dikatakan berlindung di bawah tanah hampir satu jam selepas ejen Perkhidmatan Rahsia (Secret Service) menggesa untuk beliau berbuat demikian. 

Ia ekoran pelaksanaan perintah berkurung gagal meredakan kemarahan sebahagian rakyat negara itu termasuk kumpulan minoriti.

Jelasnya lagi, Trump dan keluarganya berasa cemas dengan kehadiran penunjuk perasaan yang datang menyerang Rumah Putih dalam jumlah yang ramai.

Bagaimanapun, tiada maklumat jelas mengatakan sekiranya wanita pertama AS, Melania Trump dan anak lelaki pasangan itu, Barron, 14 tahun, turut sama berlindung di kubu berkenaan.

Keganasan ratusan penunjuk perasaan itu mula tercetus apabila rakyat marah dengan kekerasan dilakukan polis sehingga didakwa membawa kepada kematian seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd.

BACA: Bandar-bandar utama di AS berdepan bantahan ganas


“Rumah Putih tidak memberi sebarang komen tentang protokol dan keputusan keselamatan,” kata jurucakap Rumah Putih, Judd Deere ketika diminta pengesahan.

Pihak Perkhidmatan Rahsia, dalam nada sama, juga mengakui bahawa tiada perbincangan dibuat mengenai sebarang cara dan kaedah berhubung operasi perlindungan itu.

Menurut laporan AP, berita pergerakan Trump untuk berlindung di kubu bawah tanah berkenaan mula didedahkan oleh The New York Times.

Trump telah memberitahu para penasihat bahawa dia bimbang akan keselamatannya sementara memuji tindakan ejen rahsia itu secara terbuka.

Pada Sabtu lalu, Trump melakukan perjalanan ke Florida untuk melihat pelancaran Space X.

Dia dilaporkan kembali ke Rumah Putih secara ‘senyap’ ketika para penunjuk perasaan sedang berkumpul tidak jauh beberapa ratus meter dari kawasan bangunan itu.

Trump sebelum ini menggesa pihak berkuasa untuk lebih tegas melawan penunjuk perasaan yang membantah kematian George Flyod.

Situasi yang semakin buruk itu, bagaimanapun, turut menerima respon kritikan dari Datuk Bandar Washington DC Muriel Bowser yang menegaskan bahawa presiden seharusnya bertanggungjawab mengekalkan keamanan di negara itu.

Kenderaan NYPD rempuh penunjuk perasaan

Kereta polis NYPD terbakar dalam satu pertempuran dengan penunjuk perasaan membantah kes kematian George Floyd, dalam kejadian di Brooklyn, New York, 30 Mei, 2020. REUTERS

SEBUAH kenderaan Jabatan Polis New York (NYPD) telah merempuh sekumpulan penunjuk perasaan dalam satu insiden di Brooklyn pada Sabtu.

Insiden dirakam dalam satu video yang diedarkan The Associated Press, yang turut menunjukkan penunjuk perasaan cuba menghalang kenderaan itu sebelum kejadian tersebut.

Terdahulu, satu video menunjukkan trak pikap merempuh penunjuk perasaan di Florida turut diedarkan oleh The Associated Press.

Polis New York melaporkan, 345 orang ditahan dan 33 anggota polis cedera, dalam siri tunjuk perasaan di bandar raya itu.

Sementara itu, peniaga tempatan dan pemilik kedai di Chicago, Amerika Syarikat (AS) mula mengira anggaran kerugian pada Ahad, akibat keganasan penunjuk perasaan yang membantah kes kematian warga kulit hitam, George Floyd.

Dalam masa yang sama, rusuhan itu turut memusnahkan beberapa mercu tanda serta menimbulkan ketegangan di beberapa negeri di AS.

Sehari selepas tunjuk perasaan itu, pekerja-pekerja mula membersihkan jalan dan kaca yang berserakan.

Rusuhan berlaku di kebanyakan bandar di AS sehinggalah kepada bangunan berdekatan White House.

Tunjuk perasaan sejak beberapa hari lalu di bandar-bandar di seluruh AS itu adalah sebagai tindak balas terhadap kematian Floyd.

Floyd maut pada Isnin setelah seorang polis berkulit putih menekan lutut di lehernya sehingga dia sukar bernafas dan meninggal dunia.

Trump akan kerah tentera jika protes gagal ditangani setiap negeri

Presiden Amerika Syarikat mengancam untuk mengerahkan tentera Amerika Syarikat untuk menangani protes yang bertukar ganas di seluruh negara itu akibat kematian George Floyde. Bercakap di Rose Garden di White House pada Isnin, Donald Trump berkata tindakan itu akan diambil sekiranya Gabenor di setiap negeri enggan mengarahkan pengawal nasional untuk menangani protes.

Rakyat Malaysia di AS diminta berdaftar dengan kedutaan, hindari kawasan protes

Krisis penunjuk perasaan di Amerika Syarikat kini semakin parah apabila ribuan rakyat turun di jalanan membantah kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd. – Gambar AP

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di negara itu bagi memastikan keselamatan mereka di sana.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam satu kenyataan ringkas di media sosial turut meminta rakyat Malaysia di sana supaya menghindari kawasan-kawasan protes.

“Situasi di Amerika Syarikat (AS) sekarang amat tidak menentu ekoran protes yang berlaku di beberapa bandar di sana.

“Rakyat Malaysia di AS mesti hindari kawasan protes serta patuh perintah berkurung yang dikuatkuasakan Kerajaan AS,” katanya.

Hishammuddin meminta rakyat Malaysia yang belum berdaftar supaya berbuat demikian dan  sentiasa menjaga keselamatan mereka di sana.

Jordan ‘menderita, berang’ kematian George Floyd

JORDAN: ‘Kita harus saling mendengar, menunjukkan belas kasihan dan empati.’ – Gambar fail/AP

MICHAEL Jordan mengeluarkan kenyataan tegas berhubung kematian George Floyd yang maut ketika ditahan polis baru-baru ini apabila mengecam tindakan polis Minneapolis itu sambil meminta lebih banyak perubahan dan tanggungjawab mengenai ketidakadilan kaum.

“Saya sangat sedih, benar-benar sedih dan marah,” kata pemain yang tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran dan pemilik kelab bola keranjang, Charlotte Hornets, itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hornets semalam. 

“Saya melihat dan berasakan penderitaan, kemarahan dan kekecewaan semua orang. Saya berdiri bersama mereka untuk menyeru sesuatu perlu dilakukan mengenai perkauman dan keganasan yang tertanam terhadap bangsa kulit hitam negara ini. Cukup kami menghadapi keperitannya.”

Floyd, yang berkulit hitam, maut Isnin minggu lalu walaupun tidak bertindak balas ketika ditahan dalam keadaan terbaring oleh pegawai polis Minneapolis yang berkulit putih, Derek Chauvin. 

Kejadian itu dirakam oleh beberapa saksi hingga mencetuskan gelombang tunjuk perasaan termasuk keganasan di Minneapolis sebelum merebak ke bandar-bandar lain di seluruh Amerika Syarikat (AS).

“Saya tidak mempunyai jawapannya tetapi suara kolektif kita semua boleh menggambarkan kekuatan dan ketidakupayaan yang tidak ditawarkan oleh pihak lain,” sambungnya. 

“Kita harus saling mendengar, menunjukkan belas kasihan dan empati. Jangan sekali-kali berpaling daripada kekejaman yang tidak masuk akal. Kita perlu meneruskan ungkapan damai terhadap ketidakadilan dan menuntut tanggungjawab.

Kita perlu bersatu suara dalam memberi tekanan kepada pemimpin supaya mengubah undang-undang atau perlu menggunakan suara kita untuk membuat perubahan sistemik. Se;aom daripada itu, kita perlu menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya dan harus bekerjasama untuk memastikan keadilan bagi semua.

“Takziah buat keluarga George Floyd dan perwira yang tidak terhitung jumlahnya yang nyawanya telah diragut secara kejam dan tidak masuk akal melalui tindakan perkauman dan ketidakadilan.”

Berbeza dengan legenda NBA lain seperti LeBron James dan Kareem Abdul-Jabbar, Jordan menghindari komen mengenai masalah politik dan sosial sepanjang kerjayanya sebagai pemain mahupun selepas bersara sehingga kadang-kadang mengundang kritikan atas keengganannya untuk menyuarakan isu-isu seperti itu.


Kredit: ASTROAwani

AM: Adakah AS yang menaja peperangan saudara di Syria akan berdepan dengan peperangan saudara di antara rakyatnya?

  • https://www anjangmuor com/2020/06/02/ (3)
  • Tunjuk perasaan flyod di amerika my (1)

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: