Solat Jenazah Ghaib
Solat Jenazah Ghaib
Pertama:
Bertakbiratul ihram sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku solat ke atas mayat yang ghaib ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Taala.”
Kedua:
Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan sebagaimana solat biasa, kemudian bacalah surah fatihah.
Ketiga:
Setelah selesai membaca al-Fatihah, bertakbir pula dan letakkan tangan seperti biasa dan bacalah apa-apa selawat ke atas Nabi SAW. Selawat yang afdhal ialah selawat Ibrahimiyah sebagaimana yang telah disebutkan dalam bab hukum-hukum solat.
اللهم صلِّ على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
atau yang lengkap:

Keempat:
Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat.
sekurang-kurang bacaan doa adalah:

Yang lengkapnya:

Kelima:
Bertakbir kali keempat, kemudian berdoa:
اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.”
atau yang panjang:

Keenam: Mengucap salam sebanyak dua kali, iaitu ke kanan dan ke kiri sebagaimana salam solat-solat yang lain.
Kesimpulan
- Solat jenazah ghaib boleh dilakukan bila-bila masa setelah jenazah dimandikan.
- Syaratnya juga mestilah solat jenazah itu dilakukan di negeri yang lain daripada tempat jenazah itu berada.
- Manakala pelaksanaan solat tersebut pula sama seperti solat jenazah yang biasa yang dilaksanakan dengan cara berdiri tanpa rukuk, sujud dan duduk.