Cerita dari Nizar Mohd Rasidi

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Pagi ni anjang singgah Kafe Ikhwan Krubong, sarapan pagi roti telur, bawang dan cili. Sambil menunggu tu belek wasap kawan. Ada kawan yang hantar pos FB Nizar anak Almarhum YBhg Tuan Mohd Rasidi. Menarik juga untuk dikongsi. Oleh kerana warga GISBH tidak membaca FB kecuali bilangan yang kecil, anjang kongsikan luahan hati Nizar ni dalam AM untuk bacaan bersama.

Begini seperti yang dinukilkan oleh Nizar di FB beliau.

Pusaka Ayah dari Ayah..
Selepas Ayah pergi Ada seorang sahabat bertanya..ada apa2 ke wasiat atau pusaka yg dapat untuk anak2 ayah..? Ye la ayah kan bekas PE GISB Holding. GISB HOLDING tu siapa yg x kenal hebat ekonomi nya..


Aku hampir tergelak.. Tapi aku senyum.. Aku jawab dgn berseloroh.. Kalau boleh nak jugak.. Paling kurang Toyota Velfire yg ayah pakai kehulu kehilir bila dia balik ke Malaysia tu..


Cuma.. Masa Rasullulah SAW wafat.. Apa yg dia tinggal kan kat Saidatina Fatimah ye..?
😁.. Bkn lah nak sama Ayah dgn Rasullulah.. Cuma yg aku maksudkan cara hidup dlm perjuangan..

Aku pun masih ingt ketika ayah masih sebagai org pertama Gisb Holdings tu.. Ramai org yg ingt aku hebat dan kaya raya la bila dpt tau aku ank Pe gisb..
Tapi hakikatnye ank pejuang mana ada tagihan Dunia setelah ditinggalkan.. Nah.. Inilah satu2nya pusaka ayah yg baru aku terima

.. Sehelai jubah dan sebiji Songkok miliknya.. Biarlah x dipusaka tanah berbidang2.. Biarlah tidak dipusaka harta berkoyan.. Biar x dipusaka wang berjuta.. Tapi pusaka ini tidak ternilai harganya.. Mungkin kehendak ayah.. Pakailah apa dia pakai.. Berwataklah dgn watak dirinya.. Perjuangkan apa yg diperjuangkan..

Kata ayah.. Corak kan Islam pada diri.. Biar org melihat kita dia tahu kita Islam.. Bkn kerana kita melayu.. Tapi dia tahu kita islam kerana ada imej Islam pada diri.. Orang tahu kita sembah Allah sbb org nampak betapa takutnya kita pada Allah..
Org tahu kita umat Nabi Muhammad sbb nampk sunnah nabi pada kita..
Tapi Ayah… Bukan mudah untuk menurut kata2 mu… Semuanya dik kerana bila dunia telah berpaut dihati.. Walau ayah telah pergi.. Semoga doamu untukku masih Tuhan dengari..

#thankAllah
#alfatehahuntukayah

Kredit: FB Mohd Nizar Rasidi

Pusaka Ayah dari Ayah

Hebat YBhg Tuan Mohd Rasidi peribadinya, keluarganya, perjuangannya. Begitulah juga kehidupan team dan staf GISBH didikannya. Yang penting Islam peninggalannya nampak sangat berwibawa, setiap kebaikan dari usahanya umpama sungai pahala yang sentiasa mengalirkan balasan kebaikan kepadanya di alam sana sedangkan dalam masa yang sama, hisabnya semakin ringan di depan Allah kerana kurangnya harta milik peribadi di dunia ini.

#IslamKayaPeribadiMiskin

GISBH Krubong Perdana

9.52am, Sep 20, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *