Operasi Pindahkan Surau Terapung

Kongsikan kepada yang lain
Share

Operasi Pemindahan Surau Terapung Ikhwan

Salam ceria.

Dua hari lepas, 30.9.2020, anjang berada di Rumah Rakit Ikhwan AB. Sempat la tengok Tuan Nasir dan RPU buat operasi pindahkan surau terapung. Jom tinjau…

Pagi tu sarapan ramai2 dengan Tuan Nasir, Tuan sebut jam 9.30 operasi pindahkan surau terapung.

Surau ni di buat di antara rumah rakit Ikhwan dengan tebing menghala ke jeti, sebelah jambatan ke rumah rakit. Ia dibina di situ untuk mengelakkan gelombang dan tiupan angin yang direct kalau terus dibina di kedudukan yang dirancang memandangkan ia terbuka ke arah tengah Sg Lebam. Tempat sekarang agak tersorok sedikit.

Pun begitu, cabaran membinanya tetap ada kerana membina di atas air atau di atas rakit adalah lebih sukar dari membina di darat. Kos membina di atas rakit pula 3 kali ganda dari kos membina di darat.

Tudiaaaa mahaiiii… ‘Kena ada ketuiii lebih!’ bak kata En Bidi.

Mana tak susahnya, bila nak pasang rabung, nak adjust bagi tepat, susah nak tepat. Bila pijak lantai tempat tiang, dia turun bawah sikit. Maklumlah atas rakit tong biru. Bawahnya air. Konon nak bagi tepat tang atas, lantai yang dipijak tenggelam sikit ke bawah sebab terapung atas air.

Iman itu ibarat tapak bangunan. Foundationnya. Ia kena kukuh. Barulah teguh bangunan yang nak didirikan. Kalau tak, jadi lagu ni la. Jenuh nak buat. Tapi dah memang atas air, kena hadap juga la. Baru nampak ajaib.

Lantai rakit Surau Terapung Ikhwan ni berbentuk segi empat sama dengan keluasan 40’x40’= 160’ persegi. Ruang suraunya pula 25’x25’ yang boleh memuatkan 60 orang jemaah dalam satu masa. Siapa yang rancang dan tentukan saiznya, Tuan Nasir sendiri. Dengan ukurannya sekali. Tuan Nik Hazani pula sangat menyambutnya lalu segera dibangunkan.

Rakit ini ditampung oleh 120 biji tong biru yang berharga RM50 satu. Kos tong biru dan pengangkutannya sahaja mencecah RM7K. Setelah dipasang, ia mampu menanggung beban seberat 30 tan. Allahu Akbar! Team pembinaan sendiri yang menambah udara dengan kompresor dan menutupnya dengan silikon.

Kayu-kayu pembinaan surau ini terdiri dari kayu yang keras dan tahan lama iaitu kayu Cengal Batu dan Balau. Patah taring anai-abai nak gigit. Kedua-duanya termasuk dalam kumpulan HW. HW tu bukan Hasadiahwood tapi Hardwood. Kayu keras. Kos kayu setakat ini mencecah RM40K.

Untuk memastikan ianya kukuh, sambungan bahagian-bahagian pembinaan ini menggunakan skru dan nat. Kalau guna paku, apabila sentiasa bergoyang oleh gelombang air, ia akan tercabut. Oleh kerana air muara Sg Lebam ini air payau dan masin, skru besi tak sesuai digunakan. Skru stainles steel terpaksa digunakan. Kos skru dan nat sahaja telah mencapai RM5K. Paku yang digunakan pula, dipastikan kalis karat atau lambat dimakan karat maka paku galvani menjadi pilihan.

Oleh itu setakat surau yang separuh siap ini sahaja telah menelan belanja sebanyak RM55K. Ia akan dilengkapi dengan kawasan berwudhu’, karpet tebal, dinding cermin tebal, set penghawa dingin (sebenarnya pendingin hawa hehehe), sound system dan tiga jambatan yang menghubungkan dengan rakit induk. Nampaknya banyak lagi peluang pembaca yang nak memberi saham akhirat… Saja anjang nak kempen. Tapi, korang nak join atau tak, ia tetap akan dibangunkan.

Sila klik video

Nanti, surau ini akan menjadi tempat singgah beribadah para pelanggan Rumah Rakit Ikhwan, kaki pancing, para nelayan, penguatkuasa yang membuat operasi, pelancong dari luar negara, tetamu-tetamu GISBH dll. Banyaknya pahala jariah tuan-puan. Kalau 1500 pembaca blog ni bagi seorang RM10, banyak juga tu. Sekali bagi. Tapi takkan nak bagi sekali je? Kalau tak ada duit, doakan banyak-banyak dan sungguh-sungguh. Itupun bantuan juga.

Akhirnya dengan gotong royong beramai-ramai, majoritinya oleh RPU. Di tarik menggunakan 2 buah bot dan satu jetski, diketuai oleh Tuan Nasir dan Tuan Adib, Surau Terapung Ikhwan berjaya dipindahkan ke tempat yang InsyaAllah akan kekal di situ….

Ampun maaf, jumpa lagi.

Chalet Bilik 2,

Saza Beach Villa & Chalet

12.43am, Okt 2, 2020

P/s Siapa nak memberi saham tu boleh direct berhubung dengan Tuan Nik Fateh :

+971 56 211 2469 (Wasap sahaja)

Nota:

Stainless Steel: Besi atau keluli tahan karat dengan kandungan kromium minima sebanyak 10.5%. Keluli tahan karat ini tidak mudah menghakis, berkarat atau ternoda dengan air, udara lembab dll seperti keluli biasa.

Besi Galvani: Besi galvani besi yg disalut dgn lapisan zink supaya tahan karat.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *