Show GH di Pavilion Australia 11.12.2021

Kongsikan kepada yang lain
Share

Show GH di Pavilion Australia
11.12.2021

  1. Untuk kali ke 2, Pavilion Australia memberi peluang kepada kumpulan GH mengadakan persembahan di stage pavilion mereka.
  2. Tuan Adib dan team GH telah bersiap dengan latihan silat dan persembahan hadrah lengkap dengan pakaiannya.
  3. Inilah peluang untuk berdakwah melalui medium hiburan kepada Muslim dan Non Muslim di Expo yang bertaraf antarabangsa.
  4. Walaupun telah dibuat persiapan, manusia hanya berusaha, segala-galanya telah Allah tentukan.
  5. Ada majlis khas di pavilion Australia yang menyebabkan show yang dijangka bermula jam 10.30 malam ditangguhkan.
  6. Bila masa ‘jamming’ bermula ada pula kumpulan lain yang memberikan persembahan mereka lebih dahulu.
  7. Setelah melepasi jam 12 baru GH berpeluang beraksi dan diberi ruang menyampaikan 2 buah nasyid. Jadi persembahan silat tak dapat dibuat. Ruang pentas pun kelihatan sempit. Belum ada rezeki lagi nampaknya.
  8. En Hafiz Manok yang memang warga Australia membuka tirai menjemput GH membuat persembahan. Nasyid yang disampaikan malam ini ialah ‘LOVE and Care’ dan ‘Look At The Beauty Of Islam’.
  9. Alhamdulillah penonton tidak berganjak malah sporting bertepuk tangan setiap kali habis nasyid malah kelihatan ramai yang merakamkan show ringkas ini.
  10. Moga atas kasih sayang Allah, akan ada lagi peluang mengadakan show di mana-mana pentas yang memberi kesan di hati para penonton.
  11. Anjang lihat sendiri, seorang penonton bertanya kepada Cameraman kita, Ustaz Jawwad, “Betul ke aku dengar mereka semua ini adik beradik?” Ertinya dalam 2 kali persembahan ini, telah tersebar di kalangan mereka, identiti kumpulan GH.
  12. Moga ia menjadi sebab untuk GH dapat memberi show di mana-mana pavilion pula apabila ia telah menjadi buah mulut di kalangan penonton.
  13. Di sini anjang kongsikan rakaman amatur anjang untuk para penonton. Nak tengok rakaman yang lebih kemas kena buka RPU Live juga Ikhwan TV.

Ampun maaf.

Adnoc Service Station
1.02 am, Dis 11, 2021

Sila klik

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *