Allah pun memuliakan Rasulullah, inikan kita umatnya!

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Apa kabo semua?

Tahukah saudara-saudari bahawa Allah SWT tak pernah memanggil Rasulullah SAW dengan nama peribadinya, ‘Muhammad’ dalam bentuk komunikasi dua hala?

‎Allah SWT gunakan panggilan seperti:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ

Wahai Nabi rangsanglah orang-orang mukmin untuk berperang…

Al Anfal: 65

Allah panggil baginda gunakan pangkat kenabian…

۞ يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ

Al Maaidah: 66

‎Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu..

Allah panggil baginda dengan pangkat kerasulan.

‎Apa istimewanya uslub begini?

Perhatikan, Allah SWT cuma guna kalimah ‘Muhammad’ untuk cerita perihal Baginda SAW.

‎Contoh:

‎وما محمد إلا رسول

‎Dan tidaklah Muhammad itu melainkan Rasul

‎(Al-Imran:144)

‎ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ

‎Dan mereka telah beriman dengan apa yang diturunkan atas Muhammad

‎(Muhammad:2)

‎ مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ

‎Bukanlah Muhammad itu bapa bagi salah seorang dari lelaki kalangan kalian

‎(Al-Ahzab:40)

‎محمد رسول الله

‎Muhammad itu Rasulullah

‎(Al-Fath:29)

‎Allah guna kalimah Muhammad cuma untuk terangkan perihal Baginda SAW, bukan perbualan langsung dengannya.

‎Bandingkan dengan komunikasi atau perbualan Allah SWT dengan para Rasul yang lain, di mana Allah SWT memanggil mereka dengan nama peribadi mereka, seperti ketika Allah berfirman kepada bapa seluruh manusia.

‎يا ادم

‎Wahai Adam

‎(Al-Baqarah:35)

‎Begitu juga dengan Khalilullah Nabi Ibrahim AS,

‎يا إبراهيم

‎Wahai Ibrahim

‎(As-Saffat:104)

‎Begitu juga dengan Kalimullah, Nabi Musa AS,

‎يا موسى

‎Wahai Musa

‎(An-Naml:9)

‎Begitu juga dengan Nabi Isa AS,

‎يا عيسى ابن مريم

‎Wahai Isa anak lelaki Maryam

‎(Al-Maidah:110)

‎Begitu juga dengan para Rasul lain, Allah SWT memanggil mereka dengan nama mereka.

Ini bukti Allah SWT memuliakan Baginda, Muhammad SAW dan meletakkan penghormatan atasnya melebihi seluruh makhlukNya yang lain hatta Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang sangat mulia.

Allah SWT sentiasa memanggilnya secara terhormat.

Kemuliaan ini bukan sekadar dizahirkan Allah SWT melalui gayaNya memanggil Baginda SAW bahkan Allah SWT juga larang umat Rasulullah SAW panggil Baginda SAW dengan namanya, ‘Muhammad’ ketika berkomunikasi langsung dengannya.

Ertinya, Saiyidina Abu Bakar RA dan para sahabat lain dilarang memanggil Baginda SAW dengan panggilan:

Ya Muhammad, ketika berbual dengan Baginda.

‎Dalilnya?

‎ لَا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ

‎Jangan kalian jadikan panggilan terhadap Rasul dalam kalangan kalian seperti seruan/panggilan sesama kalian

‎(An-Nur:63)

‎Ketika berbual dengan Rasulullah SAW, dilarang panggil Baginda SAW dengan namanya.

‎Perintah ini tak diturunkan pada umat sebelumnya.

‎Pengikut Nabi Isa AS, golongan Hawariyyun memanggil Nabi Isa AS seperti dikisahkan dalam Al-Maidah:112,

‎ إذ قال الحواريون يا عيسى ابن مريم

‎Apabila berkata golongan Hawariyyun: Wahai Isa bin Maryam.

‎Pengikut Nabi Musa AS dari kalangan Bani Israel juga memanggil Musa AS dengan namanya, seperti dikisahkan dalam Al-A’raf:138,

‎ قالوا يا موسى

‎Mereka telah berkata: “Wahai Musa…”

‎Ini bukti bahawa perintah ini khas ke atas umat Rasulullah SAW dan bukan untuk para Rasul selainnya.

Malah kita disyariatkan dalam sembahyang memanggil Baginda dengan pangkat kenabian, bila? Ketika membaca tahiyiat…

السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته…

Istimewanya kerana kita seolah-olah benar-benar bersama-sama baginda ketika menghadap Allah. Tidak sah sembahyang kita tanpa membaca tahiyat akhir dan tanpa ucapkan selawat ke atas baginda. Malah dalam tahiyat ini kita diajar memanggil baginda dengan pangkat kenabian.

‎Tiba-tiba datang segolongan manusia yang menganggap Rasulullah SAW ini manusia biasa dan meremehkan sunnahnya.

‎Walhal Allah SWT muliakannya ke tahap tak panggil Rasullullah SAW dengan nama peribadinya ketika berkomunikasi dengannya.

‎Sepatutnya, kalau Allah pun muliakan baginda, kita sebagai umat baginda, lebih-lebih lagi patut sangat-sangat memuliakan baginda SAW.

Allah nak didik kita pandai menghormati seseorang ikut kedudukan dan kemuliaannya. Alam media sosial pula menghakis dan mengikis penghormatan ini bila kita berkomunikasi dengan ramai orang yang kita tak kenal pun. Tak fikir umur dan kedudukan. Maka tak pandai nak hormat menghomati. Sedangkan Rasulullah SAW sangat menghormati seseorang walaupun bukan Islam. Kadang-kadang baginda membentangkan serbannya untuk alas duduk tetamunya. Kembalilah hidupkan Rasulullah di hati kita, agar pandai kita hidup saling hormat menghormati. Alangkan Allah pun memuliakan baginda, inikan kita umatnya.

Ampun maaf…

Atas Kafe Ikhwan Krubong

3.45pm, Okt 28,2020

Sila klik untuk menonton

  • https://www anjangmuor com/2020/10/28/allah-pun-memuliakan-rasulullah-inikan-kita-umatnya/ (3)

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *