TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir berkunjung ke GH Corner Cairo

Kongsikan kepada yang lain
Share

TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir berkunjung ke GH Corner Cairo

Atas panduan daripada Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, staf GISBH telah membuat persiapan meraikan rombongan dari pihak kedutaan ke restoran GH Corner Cairo.

Sewaktu ketibaan TYT Zamani Ismail, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan rombongan, sambutan hangat telah diadakan iaitu dengan alunan selawat ke atas Rasulullah SAW. Apabila masuk sahaja ke dalam restoran, kelihatan reaksi wajah beliau sangat teruja melihat suasana GH Corner.

Pihak GISBH berkongsi dengan beliau serba sedikit sejarah pembinaan awal GHC atas panduan terus daripada YDH Tuan PE, ulasan spontan daripadanya; “Dahsyat! Cantik! Dan beberapa kali beliau ulangi, “Ingat program biasa-biasa je! ni program luar biasa!”

Di awal program di bilik VIP, wakil GISBH membuat ucapan alu-aluan sebagai wakil kepada YDH Pengerusi Eksekutif yang berada di Jordan dan berterima kasih atas kesudian beliau menerima jemputan ke GHC Cairo juga bantuan dan kerjasama dari pihak Kedutaan sepanjang keberadaan GISBH di Mesir khasnya proses pengebumian anak En Syafie, staf GISBH di sini, baru-baru ini.

Wakil GISBH juga kongsikan kepada TYT Duta perkembangan terkini GISBH yang telah bertapak di 17 buah negara dan perhubungan baik GISBH dengan Kedutaan Besar Malaysia di banyak negara sambil ditayangkan gambar-gambar dan video YDH Tuan Pengerusi Eksekutif bersama duta-duta besar di beberapa buah negara.

Selepas itu pihak GISBH meminta izin untuk menayangkan Video Profile GISBH kepada TYT Duta dan rombongan. Sebaik sahaja selesai menontonnya, TYT Duta dan semua bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah. TYT menyatakan beliau sangat berbangga dengan kejayaan GISBH sekarang dengan pelbagai perkembangan di 17 buah negara.

Beliau juga berkongsi pengalamannya pernah berkunjung ke restoran-restoran GISBH di beberapa buah negara, antaranya di Australia, Ikhwan Putrajaya dan Pekan Baru.

Beliau juga kongsikan yang beliau pernah bertemu dengan Dato’ Ibu Hatijah Aam di Pekan Baru sewaktu merasmikn restoran di sana. Beliau juga pernah ke Ladang Berkat Dato’ Ibu di Hudaibiyah bersama keluarga dan pernah mengambil pakej umrah GISBH di Mekah melalui anak saudaranya.

Wakil GISBH berkongsi perjalanan YDH Tuan Pengerusi Eksekutif sekarang di Jordan dan jadual perjalanannya selepas itu ke Mesir, jika diizinkan rombongan Tuan Pengerusi GISB ingin membuat kunjungan hormat ke Kedutaan. TYT memberi maklum balas yang baik iaitu pihaknya bersedia dan sentiasa membuka pintu untuk para perwakilan GISBH berkunjung.

TYT Duta memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia akan mula dibuka rasmi selepas cuti awal tahun pada 3hb Januari 2022 dan beliau meminta wakil GISBH terus berhubung dengan pegawai konsulatnya.

Pihak GISBH juga kongsikan berkenaan aktiviti ‘Dapur Prihatin Bersama’ yang telah di adakan di Malaysia, di seluruh cawangan GISBH termasuk setiap hari Jumaat di Mesir yang diagih-agihkan kepada pelarian Syria, rakyat tempatan yang memerlukan juga pelajar Malaysia.

TYT menyambut baik usaha murni ini dan mencadangkan untuk diadakan kerjasama dengan pihak kedutaan dan Kelab Perwakilan Isteri-isteri Duta untuk mengagih-agihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam perbualan kelihatan TYT Duta mengikuti perkembangan GISBH. Beliau tahu Dato’ Saifuddin merasmikn restoran Nur Muhammad di Istanbul. Ketika ditayangkan gambar YH Dato’ CEO bersama Dato’ Saifuddin depan pejabatnya di Wisma Putra,TYT berkata: “Jap-jap, saya nak amik gambar, ini bos saya…”

Ketika menikmati hidangan, TYT Duta beberapa kali ulang, “Rasa macam kat Malaysia.” Beliau menawarkan untuk GISBH membuat khidmat pelayan jika beliau ada pertemuan diplomat nanti. Bila wakil GISBH mempromosi khidmat katering GISBH, beliau berkata insyaAllah beliau akan membawa kawan-kawan dari kedutaan yang lain untuk mempromosi Malaysia.

Selepas selesai menikmati makanan tengahari, TYT Duta sendiri yang mempromosi pada pegawai-pegawainya yang staf Nur Malaysia boleh bernasyid. Pihak GISBH terus menawarkan kepada beliau kalau-kalau ingin melihat persembahan nasyid insyaallah akan diusahakan, TYT sangat seronok lalu terus mengajak keluarganya untuk melihat persembahan. Alhamdulillah dengan keberkatan semuanya kelihatan sangat terhibur.

Seagai kenangan di akhir program pihak GISBH menghadiahkan cenderahati berupa sejadah wangi dan produk-produk GISBH kepada TYT Duta dan rombongan.

Moga perhubungan yang berterusan antara pihak GISBH dengan TYT Zamani Ismail dan Kedutaan Besar Malaysia di Cairo akan memberi kebaikan kepada kedua pihak demi Islam. Aamiin.

Vila GISBH Cairo
5.04pm, Jan 2, 2022

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *