AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Sabak Arang Melaka

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Ketika hendak minum petang sambil berbincang dengan tukang buat bot laju Ikhwan di Kuala Linggi, kami bertemu dengan Pak Daud @ Daus. Beliau sangat mesra dengan YBhg Tuan Nasir kerana talah lama saling mengenali.

  1. Setelah SPM tahun 1979 Tuan Nasir selalu ke rumah Abg Daud yang ketika itu menjadi murid Ustaz Ashaari.
  2. Ketika itu Abg Daud telah mengusahakan arang apabila membeli tanah dan rumah di Kg Ramuan China Besar di mana terdapat 2 buah sabak arang.
  3. Dorongan Abg Daud@Daus mengusahakan arang kayu bakau ini adalah dari kelas-kelas Fardhu Ain dan Kuliah Umum yang Ustaz Ashaari sampaikan yang antara lain menyebut: “Daus, setiap barang yang diperlukan oleh umat Islam mesti ada orang Islam yang mengusahakannya, baru Islam boleh maju! Kalau tak semua harapkan orang buat hingga barang yang nak masuk mulut kita pun orang lain buat, bila nak maju?”
  4. Seperti sembahyang itu wajib, syarat sah solat itu kena berwudu’ maka wudhu’ itu wajib. Kalau tak ada air, terpaksa gali telaga, gali telaga itu wajib. Maka lahirlah seorang usahawan telaga. Nak ambil air perlukan baldi, buat baldi jadi wajib. Lahirlah usahawan baldi. Untuk gunakan baldi, airnya jauh ke dalam, kena ada tali. Hukumnya wajib. Lahirlah usahawan tali. Maka dengan ibadah semakin memajukan umat Islam. Syaratnya semuanya mesti ada umat Islam yang usahakannya. Itu yang GISBH buat.
  5. Sebab itu di musim Covid-19, GISBH bukan sahaja tak membuang pekerjanya bahkan menambah aset seperti membeli bot nelayan di Tok Bali dan Lumut, membeli bot-bot laju dan bot penumpang. Menempah bot mewah di Kuala Linggi. Membeli bas Coaster dan ambulan. Menempah bas 2 tingkat. Membuka 2 pasaraya iaitu di Kulim dan Manjung dan membuka beberapa buah restoran.
  6. Kata Tuan Nasir, Abuya sering datang berehat di rumah Abg Daud. Ketika itu ada sebuah pangkin besar. Abuya berehat di situ dan menjala di sungai itu.
  7. Dalam sebulan, Ustaz Ashaari singgah 3-4 kali ke sini. Berehat di sini. Sebelah malam memberi ceramah sekitar kawasan ini.
  8. Bukan setakat arang, Abg Daud juga usaha ambil mi kuning Arqam dari Alai, jual di Masjid Tanah. Bila Seremban ada kilang Mi Kuning, Abg Daud ambil di Seremban. Tuan Nasir dan para remaja yang pegi ambil guna kereta Abg Daud.
  9. Mi kuning Arqam ketika itu dilebihkan warna kuningnya. Dalam ceramah-ceramah Ustaz Ashaari akan beritahu, Mi kita yang lebih kuning maka orang-orang Melayu Islam membeli Mi buatan Muslim. Tergugat Mi Kuning minyak babi di Masjid Tanah.
  10. Bermacam-macam ujian berlaku, antaranya kereta yang Tuan Nasir pandu terbabas jauh gaung. Habis semua mi kuning tumpah menimpa Tuan Nasir dan rakannya.
  11. Tapi kegigihan pejuang ketika itu sangat ketara. Pada Abg Daud, tak mengapa keretanya remuk, yang penting budak-budak selamat.
  12. Tuan Nasir juga diuji dengan kata nista. “Macam tak cukup makan, anak guru besar jual arang!”. Hebatnya hati Tuan Nasir, demi memperjuangkan Islam, di umur belasan tahun sudah sanggup susah sedangkan dia anak guru besar sekolah. Zaman itu, guru besar seperti seorang Yang Berhormat. Semua orang datang merujuk dan meminta nasihat. Ketika orang masih naik kereta lembu, basikal dan jalan kaki, mereka sudah ada kereta.
  13. Rupanya bukan Pengerusi Eksekutif GISBH sahaja anak seorang guru besar sekolah, CEO GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten pun anak seorang guru besar di Cameron Highlands. Bila Cikgu Rahim (Sekarang popular dengan Ayah Rahim) keluarkan anak dari sekolah kebangsaan, masukkan ke sekolah Arqam yang ‘tak ada masa depan’, orang kata Cikgu Rahim gila.
  14. Ya, keputusan-keputusan ‘gila’ inilah dengan bantuan Allah akhirnya menjadikan mereka pemimpin yang luar biasa dalam menerajui GISBH menempuh segala ujian sejak 2013 dan sebelumnya.
  15. Sepertimana kami tak terkata apa bila mendengar cerita projek kayu arang abg Daud yang bertahan sejak 46 tahun, begitu juga Abg Daud yang sangat teruja dan sukar mempercayai pencapaian jemaah saat ini bila menonton profail GISBH di layar besar Saza Beach Villa and Resort baru-baru ini.
  16. Moga Allah terus membantu kita membaiki diri agar Islam terus dimenangkan.

Bilik 4, Vila GISBH Melaka Perdana

5.05 AM, Dis 27, 2020

Pesanan Guru menjadi azimat projek Fardhu Kifayah boleh bertahan selama 46 tahun walaupun beliau telah berusia 77 tahun. Sila klik untuk tonton video. Mohon subscribe, share, like & komen agar tersebar luas berita keajaiban perusahaan yang dibuat kerana Allah.


anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *