Nasib Umat Islam

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Belum hilang pedih hati mengenangkan umat Islam ditipu dengan sindiket daging haram ditukar halal sejak 40 tahun di pasaran Malaysia, sampai pula berita orang Islam Melayu berkahwin dengan pemuda Sikh.


Tuhan, dosa apakah yang buatkan kami terhina begini?

Para sahabat, tabi’in dan pejuang agama berkorban tenaga, harta, masa bahkan nyawa untuk memperkenalkan Allah dan Rasul kepada umat Melayu di Nusantara yang ketika itu majoritinya beragama hindu. Akhirnya agama Islam menjadi anutan majoriti bangsa Melayu. Setelah ratusan tahun memeluk Islam, datang penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris membawa misi kristianisasi berselindung atas nama mencari rempah ratus tetapi aqidah umat Islam Melayu Nusantara masih teguh. Walau dibuang daerah ke Afrika Selatan dll mereka tetap teguh dengan iman dan Islam malah membina komuniti Melayu Islam di sana.

Tetapi malangnya akibat dosa-dosa kita semua, Allah hina kita dengan macam-macam penghinaan. Orang kita berkahwin dengan orang Sikh dan ikut semua upacara agama Sikh. Akidahnya bagaimana? Wallahu A’lam. Belum sampaikah masanya kita bertaubat dan kembali kepada Allah? Ironinya ia berlaku ketika satu dunia diuji Allah dengan wabak Covid-19. Kita masih belum takutkanNya. Bala’ apa lagi yang kita mahu?

Ramai yang berpendapat, antara puncanya ialah makanan yang kita makan. Ia membentuk hati kita. Kalau sumbernya syubhat lebih-lebih lagi haram, ia menggelapkan hati nurani kita. Hati yang gelap membuatkan seseorang tak merasa bersalah melakukan dosa dan maksiat malah mempertahankan kebatilan. Yang anjang bertambah pedih tu, serbuan daging haram tu di Johor, yang nikah orang Sikh ni pun dari Johor tiba-tiba orang Johor ajak makan di kedai Cina. Di Muo lagi. Pedih… pedihhhh…

otw Mahkota Parade

5.28pm, Dis 25, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *