DAGING SELUDUP: PERLU TINDAKAN LEBIH DRASTIK- Kenyataan Akhbar PPIM

Kongsikan kepada yang lain
Share

31 Disember 2020


KENYATAAN AKHBAR

DAGING SELUDUP: PERLU TINDAKAN LEBIH DRASTIK
Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik tindakan pihak berkuasa menahan dua (2) individu berkaitan penyeludupan dan pemalsuan logo Halal terhadap daging yang dibawa masuk secara gelap dari beberapa buah negara yang tidak diiktiraf, namun tindakan yang lebih drastik perlu diambil.
Walau bagaimana pun rata-rata pengguna Islam berpendapat bahawa penahanan ini adalah seperti melepaskan batuk di tangga kerana tidak mempunyai kaitan yang signifikan dengan kartel yang dikatakan bermaharajalela selama ini.
Kami merasakan banyak lagi perlu dilakukan oleh pihak berkuasa dan masih ada persoalan terhadap penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna seperti:

  1. Jumlah yang disita iaitu 2,428 kotak daging bernilai RM738,640 adalah jauh lebih kecil dari jumlah daging seludup yang dijumpai ketika Exco Agama Johor membuat lawatan di gudang penyimpanan daging itu sebanyak 1,500 mt bernilai RM30 juta. Kemana dan bagaimana daging itu dilupuskan?
  2. Apakah kaedah sampling yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kimia terhadap bahan bukti yang banyak itu?
  3. Bagaimana daging-daging ini dapat melepasi Kastam dan MAQIS serta Polis Pelabuhan dan dibawa ke gudang berkaitan untuk dilabelkan semula dengan label Halal.
  4. Syarikat yang berkaitan telah beroperasi sejak 2017, bagaimanakah pihak kerajaan pasti bahawa tiada sebarang salah laku oleh syarikat sebelum tangkapan ini?
    PPIM menyambut baik sebarang penubuhan badan berkecuali seperti Suruhanjaya DiRaja atau Jawatankuasa perundangan dan Penguatkuasaan Halal untuk merungkai perkara ini dan memastikan ianya tidak berulang. Kami juga berharap pemuka-pemuka kartel ini dapat dikenalpasti, ditangkap dan diadili tanpa mengira dari pihak mana ia wakili.
    PPIM juga menggesa kerajaan melalui beberapa agensi berkaitan untuk memberikan tumpuan yang lebih serius kepada penghasilan daging tempatan dengan mencukupi dengan harga yang tidak terlalu membebankan pengguna dan tidak ketinggalan jaminan mutu yang tinggi serta Halal.
    Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60136116666 (Taufik) / +6011 22000111(Linda). Terima Kasih. [TAMAT]

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: