Makanan Haram dan kesannya pada masyarakat

Kongsikan kepada yang lain
Share

Makanan Haram dan kesannya pada masyarakat

Salam ceria.

Saban hari kita membaca dan menonton berita pelbagai jenis jenayah berlaku di Malaysia. Reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh telah banyak tercemar. Terpapar tajuk berita di akhbar pada 15.7.2020, Malaysia duduki tangga ke-4 indeks jenayah di rantau Asia. Mengikut perbandingan negara di seluruh dunia pula, Malaysia berada di tangga ke-26 daripada 133 negara.

Walaupun kedudukan tersebut dilihat lebih baik berbanding pertengahan tahun 2019, iaitu di tangga ke-20 tetapi ia amat menjatuhkan maruah kita.

Rasanya elok kita lihat sebahagian dari jenayah ini agar kita dapat rasakan kritikalnya keadaan kita supaya terus kita bertaubat. Antara jenayah yang kerap berlaku di negara kita ialah pembunuhan kejam.

Pada 21.10.2019, pihak polis mengesahkan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, Krubong dua minggu lalu, adalah milik seorang wanita dan anak lelakinya mangsa pembunuhan.

Pada 1 November 2020, Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan kesan tikaman dipercayai akibat senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu. Suspek pembunuh adalah rakan sekelasnya sendiri.  Baru tingkatan 6 telah membunuh, yang dibunuh pula rakan baiknya.

Pada 7 Oktober 2000, seorang wanita dirogol, liwat dan dipukul sehingga menyebabkan 44 kesan kecederaan. Ahirnya, ia dijerut menggunakan kain hingga menyebabkan kematiannya dan mayatnya dicampakkan di sebuah kawasan perumahan yang masih di dalam pembinaan di Bukit Tinggi, Klang dalam keadaan bogel. Pembunuhnya seorang Melayu Islam yang pernah berkahwin 4 kali. 

Pada 13 Jun 2003 seorang wanita, penganalisis teknologi maklumat telah telah diculik oleh seorang lelaki Melayu Islam, dirogol, dibunuh dan kemudiannya mayatnya dibakar dalam keadaan yang mengerikan, disimen dan dicampakkan ke dalam lubang sedalam 1 meter. 

Pada 18 Oktober 2006, seorang wanita Mongolia, berusia 28 tahun telah diculik dan dibawa ke sebuah kawasan terpencil di Shah Alam. Mangsa kemudianya dibunuh dengan cara yang teramat kejam, mangsa telah ditembak di kepala menggunakan senjata automatik sebelum bahan letupan gred tentera (C-4) diikat pada jasad dan mayat mangsa kemudianya dimusnahkan dengan letupan yang biasanya digunakan untuk meletupkan bangunan.

Pada 2 Julai 1993 seorang ahli politik ditetak di kepalanya sebanyak 3 kali sehingga terputus, badannya telah dikerat kepada 18 bahagian manakala beberapa bahagian kulit mangsa telah dilapah. Pembunuh-pembunuhnya orang Melayu Islam.

Pada 17 September 2007, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun Nurin Jazlin ditemui mati disumbat dalam beg sukan dalam keadaan berbogel. Berdasarkan bedah siasat, didapati adik Nurin telah didera secara seksual. Lebih sadis lagi masa post-mortem tu, timun dan terung telah ditemui disumbatkan ke dalam kemaluan mangsa menyebabkan rektumnya pecah. Penderaan teruk ini jugalah mengakibatkan beberapa bahagian tubuh Nurin terkoyak dan dijangkiti kuman, lantaran meragut nyawanya hingga ibu bapanya sendiri tidak mengenali mayat anaknya.

Baru-baru ini pada 13.12.2020 seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun telah dirogol oleh 10 orang remaja di Chukai Terengganu. 

Pada 3.11.2020 Polis menahan tiga lelaki tempatan kerana disyaki terbabit dalam kes rogol dan seks luar tabii di sebuah rumah sewa di Klang Utara. 

Pada 1.12.2020 seorang pendakwah selebriti ditahan kerana merogol seorang guru. Dia juga di dakwa dengan beberapa tuduhan lagi melibatkan seks dan gangguan seksual.

Lihatlah, tak kira terhadap lelaki, perempuan dan kanak-kanak, semua boleh jadi mangsa. Penjenayahnya pula mungkin rakan sendiri, mungkin juga di kalangan remaja atau pihak keselamatan juga pendakwah. Ia berlaku di semua tempat walaupun negeri yang mendakwa islamik.

Kes buang bayi pun tak kurang banyaknya. Pada 13 Februari 2010, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai menemui bayi lelaki rentung dalam tong sampah di belakang sebuah bank. Polis percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar.

Pada 10 Februari 2010, seorang bayi perempuan diletakkan di hadapan rumah Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Yan, di Taman PKNK, Alor Setar. Bayi itu dilihat cukup sifat, lengkap berpakaian dan diselimuti dengan kain lampin berwarna putih.

Pada 10 Februari 2010, mayat bayi perempuan sedang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Permatang Duyong, Melaka. Polis Daerah Melaka Tengah, menyatakan bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat.

Pada 30.12.2020 Polis menahan sepasang kekasih yang disyaki telah membuang mayat bayi perempuan yang baru lahir ke Sungai Perak di Teluk Kepayang, Bota di sini hari ini.

Pada 11.12.2020 seorang guru kelas KAFA dalam keadaan mengeletar ketakutan bila terjumpa mayat bayi lelaki tanpa pakaian digumpal dengan kain telekung dalam sebuah beg plastik di Kampung Tali Air 11 Pasir Panjang, Sekinchan.

Pada 1.11.2020, seorang bayi perempuan yang masih hidup dipercayai baru dilahirkan ditemui di atas peti surat di flat blok 47 Tingkat, Paya Terubong 4, Pulau Pinang.

Seorang bayi perempuan yang masih bernyawa pula ditemui di dalam longkang oleh penduduk tempatan di Jalan Kebun, Kampung Solok di Tangkak, Johor pada petang Isnin 8September 2020.

Sangat menyedihkan, bayi yang tidak berdosa, belum tahu apa-apa dibuang tanpa belas kasihan setelah terlibat dengan dosa zina. Rumah dan tandas adalah lokasi mencatatkan kes pembuangan bayi paling tinggi di seluruh negara bagi tahun 2010 hingga 2018, menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Kes pembuangan bayi di kawasan rumah adalah 266 kes, diikuti dalam tandas sebanyak 108 kes. Begitu sahaja nilai seorang manusia di sisi emak dan ayahnya.

Di Malaysia ini ada orang yang campak anak dari atas bangunan, kita masih tak sedar ke?

Penyalahgunaan dadah di Malaysia telah lama ditangani masih belum berjaya. Selepas ancaman komunis, dadah dikira musuh utama negara. Akta Dadah berbahaya itu sejak tahun 1952, sebelum Malaysia merdeka lagi tetapi jenayah ini masih belum selesai. Kerajaan telah habiskan berjuta ringgit menanggung kos pusat-pusat serenti dan lain-lain.

Lebih-lebih lagi jenayah kolar putih yang boleh melumpuhkan ekonomi negara jangka pendek dan panjang. Rasuah sangat berleluasa. Dari RM2 dicampak di sekatan jalan raya hingga juta dan billion RM oleh individu ternama. Malah ada yang terima rasuah berbentuk habuan seks. Di China Komunis perasuah dihukum bunuh, di Malaysia ia umpama duit kopi sahaja. Gaji dah dapat, elaun lagi ditambah rasuah sebagai duit kopi.

Malah ada banyak lagi jenayah lain seperti skim cepat kaya, scammer, MLM yang menindas, buli di sekolah, maktab, universiti, jalanraya dan siber, curi, ragut, samun, samun bersenjata, merempit dan lain-lain.

Apakah punca semua ini? Sedangkan yang terlibat majoritinya orang Melayu Islam kita. Sebenarnya banyak sangat sebabnya tetapi kita fokuskan salah satu sebab utamanya seperti yang Rasulullah SAW sebut, 

‎ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب

Ertinya : ” Ketahuilah, sesungguhnya dalam jasad ada segumpal daging, apabila ia baik maka jasad tersebut akan menjadi baik, dan sebaliknya jika ia buruk maka jasad tersebut akan menjadi buruk, Ketahuilah segumpal daging tersebut adalah “Qalbu” yaitu “hati” ( H. R. Imam Al-Bukhari )

Semua tahu, hati kita dibentuk dari apa yang kita makan. Jika makanan yang kita makan halal dan berkat, ia membentuk hati rohani yang bersih dan baik. Hati yang baik menjadikan semua anggota lahir baik. Tapi makanan yang haram dan syubhat membentuk hati rohani yang hitam, busuk dan jahat. Dari hati yang jahat, seluruh anggota menjadi jahat.

Dari hati yang jahat lahirlah mata keranjang. Melihat maksiat. Menonton gambar dan video lucah akhirnya terlibat dengan zina, buang anak dan rogol. Dari hati yang jahat, lahir di tangan. Tangannya ambil rasuah, mencuri, memukul, membunuh malah mencetuskan perperangan. Dari hati yang busuk, lahir di kaki. Melangkah ke tempat-tempat maksiat. 

Ringkasnya dari makanan yang haram dan syubhat akhirnya lahirlah masyarakat kita yang penuh dengan maksiat dan kejahatan dari pihak yang paling tinggi dalam negara ini hingga kepada awak-awak kapal di tengah laut. 

Sebab itu semua pihak kena rasa bersalah bila daging yang kita makan selama berpuluh tahun oleh beberapa generasi didapati tidak halal. Lihatlah hasilnya, jenayah dan maksiat yang sangat banyak berlaku di negara ini. Pemimpin politik yang kita pilih pula hanya memikirkan kerusi mereka tidak memperjuangkan hak Allah, Rasul dan rakyat jelata. Inilah kesan buruk jangka pendek dan jangka panjang hasil dari makanan yang kita makan. Burger, meat ball, sup daging, sup ekor, sup tulang, bi hon sup daging dan tulang, kari daging, sate, serondeng daging, daging masak merah, tom yam campur, biryani dan lain-lain masakan berasaskan daging dan ayam itulah yang kita makan selama ini.

Sudah sampai masanya kita halusi makan minum kita. Jangan ambil mudah bab makan ini walaupun ada fatwa atau pandangan mana-mana pihak pun kerana yang nak kita bina atau musnahkan adalah hati kita sendiri. Hati yang hendak kita bawa bertemu Allah nanti.

Firman Allah:

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera.

As-Syuaraa: 88-89

Saiyidina Abu Bakar apabila diberitahu oleh pembantunya, makanan yang dimakan dari hasil yang tidak bersih serta merta mengorek tekaknya lalu memuntahkan apa yang beliau telah makan dan memohon ampun bersungguh-sungguh kepada Allah atas apa yang telah menjadi darah dagingnya.

Ibu Imam Syafie pula sanggup menjolok tekak Imam Syafie agar memuntahkan susu yang telah diminum bila dia dapati jirannya telah menyusukannya kerana bimbang makan minum jirannya dari sumber yang tidak diketahui.

Begitu juga sejarah bapa Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani yang sanggup menyusur sungai mencari tuan punya epal yang telah dimakannya kerana bimbang memakannya tanpa izin akan menghitamkan hatinya walaupun ia tidak berdosa kerana tidak sengaja dan ia terapung di sungai. 

Dari golongan seperti inilah lahir generasi yang luar biasa dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara. Bukan dari orang yang makan daging haram dan syubhat puluhan tahun hingga tergadai seluruh kepentingan bangsa dan negara ini walaupun mulutnya mengungkapkan firman dan sabda.

GISBH komited untuk menggunakan hanya daging segar tempatan dalam seluruh penyediaan makan minum staf dan restorannya walaupun kosnya akan sedikit meningkat. Yang paling penting adalah kesucian hati dan redha Allah juga fardhu kifayah. 

Selagi kita tidak selesaikan kemelut ini, kekallah kita dalam kehinaan kerana ia adalah janji Allah dalam firman-Nya, 

Ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali orang yang mengadakan hubungan dengan Allah dan yang mengadakan hubungan sesama manusia.”

Menyediakan makanan yang ‘halalan toiyiban’ kepada umat Islam termasuk dalam hubungan sesama manusia.

Jenayah dan maksiat ini ‘buah’nya atau ‘hasil’nya, sedangkan akar umbinya atau benih asalnya iaitu makanan yang kita makan tak diambil kira. Mari kita selesaikan masalah ini dari benih asalnya dan akar umbinya agar ia benar-benar selesai secara tuntas dan masyarakat ini berjaya dipulihkan.

Kafe Ikhwan Krubong

9.36am, Dis 28, 2020.

  • Anjangmuor anak tuan rashidi (1)

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: