Kunjungan Tun Mahathir ke Ikhwan Delight Sungai Penchala

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kunjungan Tun M ke Ikhwan Delight Sungai Penchala

Salam ceria.
Demi ingin mengadakan hubungan sesama manusia seperti yang Allah kehendaki, GISBH berkawan dengan semua orang. Orang agama, ahli perniagaan, orang politik, artis, atlet, orang kaya, orang miskin, orang Islam, bukan Islam, orang Malaysia, lain-lain negara. Dengan siapa pun GISBH nak buat kawan.

Antara cita-cita GISBH ialah untuk mengajak semua orang merasai keindahan hidup cara Islam dengan memberi khidmat kepada masyarakat melalui pelbagai medium perniagaan khasnya restoran.

Kalau kelmarin Tun Mahathir Mohamad menerima khidmat katering di tepi tasik berhampiran Yayasan Perdana Putrajaya, semalam beliau minum petang di Restoran Ikhwan Delight salah sebuah restoran di bawah GISBH Sdn. Bhd. yang terletak di Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

semasa katering di Putrajaya

CEO GISBH YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan COO GISBH, Tuan Hasnan Abdul Hamid meluangkan masa bermesra dengan Tun Mahathir yang diiringi oleh Tun Siti Hasmah Mohamad Ali dan Datuk Abdul Malik Mydin.

YH Dato’ Lokman Hakim sempat bercerita kepada beliau perkembangan dan pencapaian terkini GISBH di seluruh dunia seperti rangkaian 118 buah restoran dan 64 buah bakeri. Tun juga berminat apabila YH Dato’ CEO menyentuh tentang penanaman 200 ekar padi GISBH di Tebu Hitam, Rompin dan 25 ekar sayur-sayuran di Selangor Food Valley, Bestari Jaya. Tun mencadangkan agar dipelbagaikan jenis-jenis sayur agar jika berlaku lambakan sayur tertentu, kita mempunyai banyak jenis sayur yang lain untuk pasaran.

Tuan CEO juga menceritakan keberadaan GISBH di bandar-bandar dengan mewujudkan 22 buah bandar kecil di seluruh Malaysia dengan PPI BCH (Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes) Rawang sebagai headquarters. Tun M menoleh kepada Dato’ Malik, “Kena ziarah ni!”. Rupanya Tun juga ada mewujudkan sebuah penempatan untuk orang Melayu dengan mengekalkan rumah bercirikan bercirikan tradisional berhampiran UUM di Sintok, Kedah.

Bersama Tun M, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali

GISBH tampil dengan bandar-bandar kecil Islam sebagai contoh kepada masyarakat Melayu Islam yang tidak mempunyai bandar di bandar-bandar besar sedangkan orang Cina ada bandar, orang India ada bandar malah orang Bangladesh yang merupakan warga pekerja asing pun punyai bandar di Malaysia.

Datuk Malik Mydin juga bersama Tun M.

Di Ikhwan Delight Tun kelihatan selesa dan berselera menikmati sebahagian daripada menu hidangan seperti mashroom soup dan lempeng sambal. Tun M turut membungkus nasi biriani Karachi kambing dan ayam.

Tun mencuba design terkini Songkok Ikhwan

Beliau meluangkan masa selama 1 jam di Ikhwan Delight dan sudi menandatangani buku pelawat serta bergambar beramai-ramai dengan para staf restoran.

Moga di tahun 2021 ini Allah terus memimpin hati kita semua khasnya YB Tun Mahathir yang merupakan seorang negarawan malah dari sudut umur adalah ayah dan datuk kita agar Allah lajukan dan lengkapkan perjuangan Islam sebagai cara hidup dalam seluruh aktiviti kehidupan.

Kami di Vila GISBH Kuala Terengganu dapat ikuti kunjungan Tun secara live

Vila GISBH Terengganu
7.20am, Jan 4, 2021



Iklan:
https://anjangmuor.yezza.store/

  • https://www anjangmuor com/2021/01/06/kunjungan-tun-mahathir-ke-ikhwan-delight-sungai-penchala/ (2)
  • ikhwan terengganu (1)

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *