Jualan Ayam Segar Ikhwan

Kongsikan kepada yang lain
Share

JUALAN AYAM SEGAR IKHWAN

Lokasi: Depan Kafe Ikhwan Subang
Masa: 7 pagi – 12 Tengahari
Setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Ikhwan Cafe
https://foursquare.com/v/5af793b85a2c91002c62168d

Alhamdulillah jualan hari semalam sebanyak 80 ekor ayam iaitu 163.9 Kg. Oleh kerana ia hanya dibuat hanya pada hari Sabtu dan Ahad, pihak Ikhwan Subang masih mempunyai masa untuk menyusun penyembelihan dan pengagihannya kerana penggunaan ayam di setiap Pusat Perniagaan Ikhwan adalah pelbagai seperti untuk kegunaan dapur bandar, jualan di Ikhwan Mart, frozen dan untuk masakan di restoran Ikhwan.

Oleh itu, saranan Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH agar setiap zon GISBH mengusahakan ternakan ayam pedaging sendiri dalam skala sederhana tetapi bertahap agar dapat di’harvest’ sepanjang masa bila diperlukan dan boleh dijual dan digunakan secara segar.

Telah ada permintaan agar diadakan juga jualan langsung begini di tempat mereka agar dapat dipasarkan ayam yang segar dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran. Moga semua zon GISBH menyambut cabaran ini demi memberi khidmat kepada seluruh masyarakat khasnya umat Islam. Kalaulah umat Islam itu bangun sahaja daripada tidurnya selepas mengingati Allah, masing-masing berfikir untuk berkhidmat kepada manusia terutama kepada orang Islam, umat Islam akan selamat, kurang perbalahan, mudah orang kafir masuk Islam.

Vila GISBH Pusat

7.24 am, Mac 22, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *