KEMPEN DERMA DARAH DI PASAR RAYA IKHWAN SERI MANJUNG

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Pada Ahad 21 Mac 2021, telah diadakan satu kempen derma darah telah di ruang legar Pasar Raya Ikhwan Seri Manjung (PISM) dengan kerjasama Unit Perubatan Transfusi (Tabung Darah), Hospital Seri Manjung, Perak.

Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari dikendalikan 7 orang petugas Unit berkenaan diketuai Doktor Davamalar a/p Narainasamy (Dr Malar).

Kempen derma darah ini bertujuan menampung keperluan sepanjang Ramadhan yang kebiasaannya tidak dapat dijalankan kempen sebegini di sebelah siang kerana puasa manakala sebelah malam pula sibuk dengan ibadah Tarawih dan sebagainya.

Kehadiran para penderma seramai 78 orang dan seawal jam 8.00 pagi sudah ada penderma yang menunggu.

Jumlah 78 orang penderma ini adalah suatu pencapaian yang sangat memberangsangkan memandangkan Pasar Raya Ikhwan Seri Manjung baru sahaja 6 bulan beroperasi dan baru pertama kali menganjurkan kempen derma darah bersama Hospital Seri Manjung.

En Shaiful Faisal Haji Salleh selaku Ahli Majlis Perbandaran Manjung sudi hadir untuk meninjau perjalanan program disamping menyampaikan hamper barangan Ikhwan yang disediakan Pasar Raya Ikhwan Seri Manjung kepada 30 orang penderma yang datang paling awal.

Pada pertengahan Februari yang lalu, beberapa orang staf Pasar Raya Ikhwan Seri Manjung telah disahkan positif COVID-19 dan sekarang semua staf telah bebas sepenuhnya dari wabak ini.

Kempen Derma Darah dari Unit Perubatan Transfusi (Tabung Darah), Hospital Seri Manjung ini membuktikan situasi PISM yang telah bebas sepenuhnya dari gejala virus berkenaan.

Hamper dari PISM dan jamuan makan lebih-lebih lagi dapat menikmati Ais Krim Ikhwan adalah antara daya tarikan baru bagi kempen kali ini. Moga-moga para pelanggan PISM dan para petugas dari Hospital Seri Manjung terus menyokong usaha-usaha GISBH membangunkan projek Fardhu Kifayah begini untuk manfaat seluruh masyarakat khasnya umat Islam Manjung dan sekitarnya.

GH Corner PPI BCH

8.34 PM, Mac 22, 2021

P/s Pengidap kencing manis boleh derma darah tak?

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *