SYARIKAT JAIKWANG LEASING MENGHADIAHKAN GISBH FOUNDATION THAILAND SEBUAH PICK-UP

Kongsikan kepada yang lain
Share

GISBH FOUNDATION THAILAND DIHADIAHKAN SEBUAH PICK-UP

Salam ceria.
Keindahan Islam dapat dirasai apabila ianya disampaikan penuh hikmah dan bijaksana. Antara yang dimaksudkan dengan hikmah ialah ia bukan sahaja disampaikan melalui hujah ilmiah dan dalil tetapi melalui akhlak yang mulia hasil dari amal ibadah yang sangat dihayati.

Lebih-lebih lagi bila akhlak itu dapat dilihat dalam pergaulan sehari-hari secara berjemaah yang membangunkan Islam secara syumul iaitu di dalam seluruh aspek kehidupan.

Di Chiang Mai Thailand, GISBH berhubung dengan semua lapisan masyarakat dari berbagai bangsa, agama dan negara. Pepatah Melayu mengatakan;
“Rezeki jangan ditolak,
musuh jangan dicari.”

Apabila memperbanyakkan kawan, Allah mudahkan macam-macam urusan. Contohnya baru-baru ini, GISBH Chiang Mai perlukan sebuah kenderaan untuk mengangkat barang-barang katering dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Hajat Global Ikhwan Foundation itu diketahui oleh seorang kenalan di sana yang selalu bersama GISBH bernama Hj Khattob. Beliau mencadangkan GISBH membeli sebuah pick up untuk memudahkan kerja dan beliau ada seorang kawan yang mempunyai syarikat menjual kenderaan.

Atas semangat ingin membantu, beliau berbincang dengan kawannya untuk cari pick up yang murah-murah untuk GISBH. Kawannya berkata, dia ada sebuah pick up berharga 15 ribu baht. Tapi kalau untuk foundation dan aktiviti kemasyarakatan, dia bagi ‘free’ saja. Allahu Akbar!! Begitulah kalau Allah kehendaki, mudah sahaja bagi Allah membuka hati semua pihak membantu. Siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan memberinya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Maha Pemurahnya Allah.

Hj Khattob pula merancang untuk adakan majlis penyerahan pick up tersebut secara rasmi dengan simbolik memotong riben. Di hari perasmian tersebut, tiba-tiba datang kawannya menziarahinya iaitu Konsul India di Chiang Mai.

Terlanjur ada orang besar di rumahnya, dalam masa yang sama pick up itu pula sampai, Hj Khattob meminta Konsul tersebut yang merasmikan penyerahan pick up dari syarikat kawannya iaitu Syarikat
Jaikwang Leasing kepada Global Ikhwan Foundation Chiang Mai.

Niat baik GISBH Thailand Allah perpanjangkan dengan mempertautkan hati banyak pihak atas niat yang satu iaitu memberi khidmat pada masyarakat. Terhubung hati antara team GISBH dengan Hj Khattob, kawannya peniaga kenderaan yang merupakan pemilik asal pick up malah dengan rombongan dari Pejabat Konsulat India di Chiang Mai lalu terjadilah majlis ini. Indahnya suasana ini. Moga terbuka hati kawan-kawan Hj Khattob ini untuk menerima Islam sebagai pegangan hidup. Nampak dalam gambar mereka angkat tangan mengaminkan ketika doa dibaca.

Dalam perbualan selepas program perasmian tersebut, konsul India tersebut bercadang menjemput tokoh-tokoh Islam Chiang Mai berbuka puasa di Konsulat India pada 3 Ramadhan kerana sama tarikh tersebut dengan puasa orang Hindu. Hj Khattob menjelaskan, susah nak ajak tokoh Islam makan di konsul India kalau tidak dijamin kehalalan makanannya. Oleh itu beliau mencadangkan supaya konsul mengambil katering dari Restoran GISBH untuk program tersebut. Bertambah lagi kebaikan InsyaAllah bila ada pertemuan dari berbagai pihak di program itu nanti. Yang penting, nanti akan dihidangkan makanan yang suci, halal dan InsyaAllah berkat bersama show dari RPU yang membawa hati kepada Allah Taala.

Pihak GISBH pula mempelawa konsulat itu datang ke Kafe Ikhwan di sini untuk mencuba hidangan masakannya dan menonton show dari team GISBH. Begitulah Allah jadikan, niat yang baik beserta usaha-usaha murni dapat mempertautkan semua hati untuk membuat kebaikan demi kebaikan.

Moga semua perancangan baik GISBH di seluruh dunia dibantu oleh Allah dengan caraNya yang tersendiri. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Vila GISBH Pusat, Kota Emerald.
5.09 am, Mac 23, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *